Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Pujuk Rayu Tiada Hasil

PETALING JAYA - Pelbagai alasan dan helah diberikan, malah ada yang menawarkan rasuah...

Polis Panggil Neelofa, Suami...

NILAI - Polis menjalankan siasatan terhadap gambar dan video selebriti, Noor Neelofa Mohd...

Wanita Diserang Hanya Kerana...

China – Hanya kerana diminta menukar tempat duduk, seorang pekerja keretapi telah diserang...

‘Saya Sudah Keluar Daripada...

PORT DICKSON - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul...

Budak 7 Tahun Meninggal Dunia Akibat Rabies

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun dari Kampung Lebor, Serian, Sarawak disahkan meninggal dunia pukul 2:16 petang ini akibat wabak rabies atau penyakit anjing gila.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga hari ini sebanyak empat kes disahkan rabies di Serian dan tiga daripada mereka yang dijangkiti wabak itu telah meninggal dunia.

“Satu kes lagi iaitu kes keempat sedang dirawat di wad PICU Hospital Umum Sarawak dan dalam keadaan kritikal. Tiada kes rabies baru dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, Active Case Detection (ACD) bagi mengesan kes gigitan anjing dilaksanakan di kawasan kejadian wabak rabies oleh Pejabat Kesihatan Serian bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak.

Menurut beliau, aktiviti itu telah dilaksanakan di 96 penempatan yang melibatkan sebanyak 5,663 rumah dan temuduga ke atas 21,978 penduduk bagi sejarah gigitan anjing.

“Sebanyak 225 kes gigitan anjing telah dikesan di kawasan wabak Daerah Serian dan telah diberikan rawatan. Aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan rabies juga telah diberi kepada penduduk kampung berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Kesihatan menggariskan lima langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit rabies:

1. Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gigitan anjing (anjing peliharaan atau anjing liar).


2. Pastikan anjing peliharaan telah mendapat suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak dengan anjing liar.

3. Jika anjing peliharaan didapati tidak sihat atau berkelakuan agresif dapatkan rawatan segera di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar berdekatan.

4. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal.

5. Sentiasa kekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan atau anjing liar.

MYNEWSHUB.CC

Kategori