• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buaya Tembaga 3 Meter Ditangkap Di Kampung Ubai

oleh AK-47
28/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seekor buaya tembaga sepanjang tiga meter berjaya ditangkap dalam satu operasi berhampiran kawasan Permatang Senyum, Kampung Ubai, dekat sini, pukul 3 petang tadi.
Sebelum itu, sekumpulan penduduk kampung bersama anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang berusaha mengesan haiwan reptilia berkenaan selepas didapati berkeliaran di kawasan itu sejak dua hari lepas.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba haiwan liar berkenaan muncul dari kawasan semak berhampiran sambil membuka mulut menyebabkan penduduk yang berada berhampiran bertempiaran menyelamatkan diri.

Seorang penduduk, Ahmad Kadri, 40, berkata, kehadiran buaya terbabit mula dikesan petang semalam oleh seorang penduduk kampung yang mahu memikat burung di kawasan berkenaan sebelum bertindak memaklumkan kepada penduduk lain.

“Berita mengenai kehadiran buaya itu kemudian tersebar di kalangan penduduk kampung dan kami selepas itu beramai-ramai pergi ke lokasi terbabit dan terserempak dengan seekor buaya di kawasan tepi tali air dipercayai dijadikan sebagai sarangnya,” katanya.

“Namun buaya terbabit kemudian melarikan diri ke dalam semak selepas terkejut dengan kehadiran orang kampung dan ketika kami semua mahu keluar dari kawasan itu, kami terserempak dengan seekor lagi buaya lain,” katanya lagi.

Ahmad berkata, bimbang dengan keselamatan penduduk, mereka melaporkan kejadian itu kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.

Haiwan liar yang berjaya ditangkap petang tadi itu  dibawa keluar dari kawasan berkenaan dipercayai untuk dilepaskan di lokasi lebih selamat. – BERNAMA

Tags: Buaya Tembaga
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kajol Minat Berlakon Filem Malaysia Jika Skrip Menarik

Next Post

Palit Sejarah Hitam Anwar, Kit Siang Tak Jadikan Mahathir PM

Related Posts

Dua Ekor Buaya Tembaga Didakwa Muncul Di Kampung Morten

Dua Ekor Buaya Tembaga Didakwa Muncul Di Kampung Morten

14/07/2024
2

MELAKA - Dua ekor buaya tembaga didakwa muncul di Sungai Melaka dekat Kampung Morten di sini pada pagi Ahad. IKUTI...

Buaya Tembaga Muncul Lagi Di Sungai Melaka

Buaya Tembaga Muncul Lagi Di Sungai Melaka

01/04/2023
0

MELAKA: Kemunculan semula seekor buaya tembaga hampir dua meterk di persisiran Sungai Melaka, sejak minggu lalu, selepas 'menghilang' sejak sembilan...

Next Post

Palit Sejarah Hitam Anwar, Kit Siang Tak Jadikan Mahathir PM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd