• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Usung Pelajar Saiz Besar Turun Gunung

oleh AK-47
30/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Seorang pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas) yang dipercayai mempunyai berat badan 120 kilogram terpaksa diusung turun oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Baling selepas terseliuh ketika menuruni Gunung Pulai di sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata mangsa berusia 20 tahun yang berasal dari Pulau Pinang itu terseliuh buku lali kanan ketika dia dan kumpulannya seramai lapan orang menuruni gunung itu pagi tadi.

Pihak bomba menerima laporan kejadian pada 11.41 pagi dan sepasukan 10 anggota serta seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Baling digegaskan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang daripada lapan pelajar Polimas seberat 120 kilogram telah mengalami kecederaan di bahagian buku lali sebelah kanan akibat terseliuh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya bomba mengusung pelajar terbabit sejauh empat kilometer ke kaki gunung sebelum tindakan lanjut diambil.

Beliau berkata operasi tersebut turut dibantu oleh Sahabat Bomba, pasukan mencari dan menyelamat Kedah (Sarked), kumpulan Belia 4B dan orang awam seramai 35 orang. – BERNAMA

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: pelajarTerseliuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd