Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Warga Kemas Perlu Kekalkan...

KOTA TINGGI - Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) perlu memastikan perkhidmatan yang diberikan...

Mengaku Guna Wang i-Sinar...

LIMBANG - Seorang lelaki yang kini bekerja sendiri mengaku menggunakan wang baru dikeluarkan...

Polis Lahad Datu Rekod...

LAHAD DATU - Polis Lahad Datu merekodkan penurunan jumlah kes jenayah indeks kepada...

Penunggang Dego Ride Perlu...

PETALING JAYA - Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) digesa memberikan layanan sama terhadap...

Bekas Polis Tawar Khidmat Tangani Jenayah, Dadah

BESUT – Anggota dan pegawai polis yang pernah berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menawarkan khidmat sukarela dalam membantu menangani masalah jenayah termasuk penyalahgunaan dadah di kalangan rakyat negara ini.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia Hussin Awang Ngah berkata persatuan itu yang dianggotai lebih 140,000 bekas anggota polis mempunyai kemahiran dan berpengalaman dalam bidang tersebut mampu membantu sekiranya diberi peluang berbuat demikian.

Katanya khidmat itu termasuk memberi ceramah kesedaran bagi mendekati masyarakat khususnya golongan remaja termasuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi membina jati diri dan semangat patriotik mereka kepada negara.

Beliau berkata demikian kepada Bernama dalam temuramah khas bersempena pelantikannya sebagai Presiden PBPM yang baharu bagi menggantikan Prof Datuk Dr Hassan Yusoff, berkuat kuasa semalam.

Menurut Hussin pihaknya juga bersedia menjadi rujukan pasukan PDRM dalam usaha memantapkan lagi pasukan keselamatan itu menerusi anggota persatuannya yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang kepolisan.

Sebagai usaha membantu kalangan bekas polis pula, beliau berkata langkah akan diambil bagi mempertingkatkan taraf hidup bekas anggota polis termasuk anggota-anggota Pasukan Kawalan tempatan (Home Guard) dan Konstabel Khas (SC) yang berkhidmat di zaman komunis bermula pada tahun 1950.


“Untuk itu saya akan berjumpa dengan pihak yang berkenaan supaya golongan ini diberikan pembelaan kerana sanggup berkorban nyawa untuk keamanan negara pada satu ketika dahulu”, katanya.

Katanya PBPM juga akan terus berusaha membela anggota persatuan itu menerusi pelbagai faedah termasuk pembinaan Wisma PBPM dan kuota haji khas untuk bekas anggota polis.

“Satu kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara berkaitan pembinaan wisma itu akan diadakan minggu depan dan satu pertemuan bersama Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim juga akan diadakan bagi membincangkan mengenai kuota itu,” katanya.

Sehubungan itu, Hussin yang juga Pengerusi PBPM Cawangan Terengganu, meminta kira-kira 15,000 hingga 20,000 bekas anggota polis yang masih belum menyertai PBPM supaya berbuat demikian. – BERNAMA

Kategori