Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Hanya 2 Orang Dari...

PUTRAJAYA - Sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh mulai 1 Jun ini, hanya dua...

`Rapunzel’ Punya Ramai Peminat...

  SEORANG wanita kini digelar Rapunzel apabila rambut perangnya itu menjadi panjang, sama macam...

Suspek Bunuh, Bakar Penyelia...

KUALA LUMPUR – Suspek yang terlibat dalam kes bunuh dalam bilik bengkel kemahiran...

Lara Oh Lara Program...

ANAK pasangan selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Lara Alana mencipta sejarah...

Bekas Pegawai Khas ADUN DAP Hadapi Tuduhan Cabul

GEORGE TOWN – Seorang bekas pegawai khas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di negeri ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan mencabul seorang wanita pada 6 Julai lalu.

Tertuduh L.Prem Anand, 50, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan seorang wanita berumur 21 tahun di tempat letak kereta sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai di sini, kira-kira 11.30 malam, 6 Julai lalu.

Prem Anand yang merupakan bekas pegawai khas ADUN Paya Terubong didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau dua daripada mana-mana hukuman itu.

Majistret Catherine Nicholas membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh diwakili peguam Audrey Wee, S.Rethina Kumar, dan E.Gnasegaran, manakala pendakwaan dikendalikan Nurul Izzah Shahruddin. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • cabul

Kategori