• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Longlai Lihat Mayat Anak Tersepit Lif

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang bapa longlai selepas melihat mayat anak sulungnya tersepit pada lif mengangkat barang ketika sedang bekerja di sebuah kedai perkakas di Jalan Pekan Pendang, Pendang, hari ini.

Muhammad Zairul Naim Zaini, 16, dari Kampung Paya Palas, Pendang, maut selepas ditemukan tersepit pada jurang antara lif barang dan siling di bangunan kedai dua tingkat itu pada 3 petang.

Bapa mangsa, Zaini Saad, 45, berkata dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu selepas dimaklumkan oleh seorang rakan kerja anaknya yang datang ke rumahnya di Kampung Paya, Kuala Rimau, di sini.

“Saya ada di rumah dan dalam 3.30 petang, rakan sekerja anak datang beritahu yang anak saya kemalangan, jadi saya terus bergegas ke tempat kerjanya sebelum masuk untuk melihat mayat anak. Saya terus longlai dan sedih melihat keadaan anak ketika itu.

“Saya terus keluar dari kedai bagi membolehkan pihak bomba mengeluarkan mayat anak sebelum menaiki jip polis ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini, hari ini.

Zaini berkata anak sulungnya itu baru saja bekerja di kedai terbabit sejak empat bulan lalu bagi membantu keluarga dan tiga adiknya selepas berhenti kerja di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur.

“Dia mula bekerja sejak berumur 15 tahun dan seorang yang sangat berdikari. Bila dia minta saya carikan tempat kerja di kampung, saya bantu carikan…saya ingat tiada masalah kerana bekerja di dalam kedai tetapi ini semua sudah takdir.

“Saya reda manakala isteri, Chik Saad, 40, berada di rumah kerana masih dalam keadaan sedih,” katanya.

Zaini berkata mayat anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kuala Rimau, Pendang selepas proses bedah siasat selesai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang DSP Fadzil Hashim ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian. – BERNAMA

Tags: Tersepit Lif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd