• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Beri Lambaian Terakhir Sebelum Terjun Bangunan

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEOGRTOWN – Seorang lelaki berusia 38 tahun maut selepas terjun dari tingkat empat sebuah rumah pangsa di Bukit Mertajam, semalam.

Dalam kejadian 11.40 malam Sabtu itu, lelaki terbabit dikatakan sempat melambai kepada anak perempuannya berusia 15 tahun sebelum terjun dari bangunan berkenaan.

Polis berkata, mayatnya ditemui di tempat letak kereta rumah pangsa itu dan lelaki itu disyaki mempunyai masalah kewangan sebelum membunuh diri.

Lapor Berita Harian, mangsa, Mohd Irwan Omar telah berkahwin dan mempunyai tujuh anak berusia 2 hingga 17 tahun dan mereka bakal menimang seorang lagi cahaya mata.

Isterinya yang berusia 37 tahun berasal dari Kluang, Johor memberitahu polis, suaminya kebelakangan ini sering murung gara-gara berdepan kesukaran membayar sewa rumah dan perbelanjaan lain.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pihak berkuasa baru-baru ini menghentikan pemberian wang zakat bulanan sebanyak RM300 kepada keluarga itu.

Difahamkan, mangsa membayar RM250 untuk rumah seluas 660 kaki persegi itu dan dia turut mempunyai tujuh rekod jenayah lampau dan enam daripada berkaitan dadah.

Katanya, Irwan dan keluarganya tinggal di Jawi, Nibong Tebal, sebelum berpindah ke Bukit Mertajam baru-baru ini.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat Irwan dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: bunuh diri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd