• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Baju KLCC Saya Dah Hilang” – Mark Adam

oleh Ahmad Albab
07/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASIH ingat lagi fasal cerita Mark Adam berkaitan baju Melayu KLCC yang menjadi nostalgia hidupnya? Sambutan Syawal tahun ni ramai pula yang ingin menyaksikan dia berbaju tersebut.

Bagaimanapun penyanyi berasal dari Filipina ini menjelaskan bahawa, baju berkenaan sudah hilang daripada simpanannya kerana perkara itu berlaku lebih sepuluh tahun lalu ketika di baharu tiba ke Malaysia.

Bagaimanapun kata Mark, isterinya iaitu Norazah Redzuan masih mencari baju tersebut.

“Baju Melayu itu hilang, isteri saya sudah lupa ia disimpan di mana, tapi kami masih mencari untuk peminat-peminat yang bertanya.

“Saya memang pernah beli dan pakai baju corak KLCC tu dahulu masa pertama kali datang beraya di rumah isteri saya,” ujarnya kepada mStar Online.

Mark atau nama Islamnya Fikri Mark Adam, diminta mengulas apabila ramai netizen yang bertanya tentang baju Melayu bercorak menara berkembar KLCC itu.

Kisah tersebut menjadi tular selepas ia dikongsi dalam temubual di segmen pagi Sepahtu Sinar pada Jun tahun lalu.

Menerusi kisah itu, Mark berkata, dia membeli baju Melayu berharga RM20 itu semata-mata untuk beraya di rumah keluarga isterinya buat pertama kali.

Sementara itu, Mark berkata, dia tidak mempunyai sebarang foto kenangan sebagai bukti berikutan ketika itu dia tidak mempunyai kamera.

“Maaf saya juga tiada gambar baju itu sebab masa itu tidak ada kamera untuk ambil gambar,” ujarnya.

Dalam pada itu ditanya tentang sambutan Hari Raya Adilfitri kali ini, Mark berkata, dia beraya bersama keluarga mertuanya di Batu Caves, Selangor.

Katanya, tahun ini dia menerima lebih ramai kunjungan peminat-peminat yang mahu beraya bersama berbanding tahun lalu.

“Alhamdulillah, pengalaman baru saya pada tahun ini lebih ramai peminat yang datang serbu kediaman kami,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Mark Adampenyanyi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cuba Seludup Cicak & Kura-Kura, 3 Ditahan

Next Post

Kelantan Ditipu Ketika Lepas Pemain Kepada JDT

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

Next Post

Kelantan Ditipu Ketika Lepas Pemain Kepada JDT

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd