• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bagai Pesta: Stor Haram Kilang Mercun Terbakar

oleh AK-47
03/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI pertunjukkan bunga api apabila stor sebuah kilang yang dipercayai menyimpan mercun, terbakar di kawasan Perindustrian Saleng, Senai, Johor Bahru petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, percikan bunga api dan bunyi letupan dapat dilihat dan kedengaran serta orang ramai yang berada di kawasan tersebut berlari namun ada juga yang merakam insiden berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai Penolong Ketua Bomba, Solleh Nasir berkata kawasan yang terbakar berukuran 100×40 kaki persegi (371.6 meter persegi) dipercayai digunakan sebagai stor menyimpan mercun.

Menurutnya, tiga buah jentera pemadam api beserta 17 orang anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

Sementara itu, pihak polis akan membuka dua kertas siasatan berhubung kebakaran berkenaan mengikut Seksyen 10 Akta Bahan Letupan 1957 kerana menyimpan dan menguruskan bahan-bahan letupan tanpa izin.

Polis juga akan menunggu maklumat lanjut daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk mengetahui status tanah lokasi kilang itu sama ada berstatus pertanian atau perindustrian dan menunggu maklumat lanjut daripada Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) bagi mengenal pasti status bangunan kilang terbabit.

Difahamkan, kawasan sekitar lokasi kejadian itu juga telah ditutup bagi memudahkan kerja-kerja siasatan lanjut dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kilangmercunTerbakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

26/07/2025
0

Bintulu: Seramai 12 pekerja cedera dengan kesan melecur pada badan dan tangan masing-masing akibat disambar api ketika berusaha memadam kebakaran...

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd