• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awasi Anak-Anak, Elak Pengaruh Militan

oleh Ahmad Albab
14/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengingatkan ibu bapa agar mengambil berat serta memantau anak-anak masing-masing bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan dakyah kumpulan militan yang disebarkan menerusi Internet.

Titah baginda Internet menjadikan dunia “mengecil” dan “tanpa sempadan”, sekali gus membolehkan maklumat diakses dan dikongsi dengan mudah oleh sesiapa sahaja.

“Golongan militan dan pengganas menggunakan Internet untuk mempengaruhi golongan remaja dan menyasarkan pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini yang merupakan pengguna tegar media sosial untuk berinteraksi dan berkomunikasi.

“Kita yang dikejutkan dengan maklumat risikan berkaitan isu ini baru-baru ini seharusnya mengambil sikap lebih bertanggungjawab terhadap anak-anak masing-masing,” titah baginda pada majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Datuk Sheikh Ahmad (SMKDSA) di sini.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah anak-anak yang terpengaruh dengan unsur militan atau keganasan bukan sahaja merosakkan diri dan keluarga malah mengancam keselamatan negara dan dunia.

Baginda turut menyentuh peranan pelajar antaranya bertanggungjawab menjaga nama baik sekolah dan hubungan dengan rakan-rakan, berdisiplin, menghormati guru dan menerima teguran dengan positif selain menghormati ibu bapa sendiri serta orang yang lebih tua.

“Saya juga berharap guru dan ibu bapa melihat pendidikan secara menyeluruh terutama pembangunan insan dalam aspek pembentukan sifat, watak dan iman.

“Pendidikan tidak lengkap dan sempurna jika tanggungjawab diletakkan sepenuhnya pada sekolah. Ibu bapa, keluarga dan masyarakat umumnya turut bertangungjawab dan wajib melengkapkan tugas guru dan sekolah,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyampaikan Anugerah Yayasan Tuanku Syed Putra peringkat SMKDSA kepada Ong Joo Hom; Nur Hazwani Hasnan (Anugerah Datuk Wan Ahmad manakala Muhammad Aidil Afnan Alias (Anugerah Tokoh Kokurikulum). – BERNAMA

Tags: Aktiviti MilitanRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

13/11/2018
0

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd