• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Audit Syor Tindakan Tatatertib Ke Atas Pegawai PDL

oleh Ahmad Albab
31/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Audit Negara mengesyorkan supaya pegawai yang tidak mematuhi peraturan kewangan dalam Projek Desa Lestari (PDL) dikenakan tindakan tatatertib bagi memastikan projek itu diuruskan dengan teratur dan cekap.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 itu membuat syor berkenaan ke atas pegawai yang memecah kecil perolehan, menyalah guna kuasa dan membuat bayaran tidak teratur selepas 19 daripada 84 projek PDL berjumlah RM5.32 juta didapati terbengkalai.

PDL yang diwujudkan sejak 2013 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bertujuan meningkatkan taraf ekonomi dan aktiviti keusahawanan selain mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada masyarakat setempat.

Menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, KKLW disyor supaya mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi memastikan koperasi yang telah berdaftar mematuhi Akta Koperasi 1993 sebelum diberi geran peruntukan Desa Lestari.

Laporan itu menyatakan hasil semakan terhadap 12 koperasi yang bertanggungjawab sebagai peneraju PDL mendapati ia berpunca daripada beberapa faktor termasuk tiada kepakaran, peralatan yang masih tidak digunakan, tiada bekalan elektrik serta kurang permintaan dan persaingan daripada pengusaha lain.

Menurut laporan itu, antara projek terlibat adalah penyembelihan dan jualan ayam pedaging, sewaan kanopi dan katering, pengangkutan dan pemotongan rumput, percetakan cenderamata, ternakan lembu dan kambing fidlot, ternakan ikan air tawar, semaian anak benih sawit dan chalet kabin.

Sehingga 2016, sebanyak 80 kampung terpilih melaksanakan PDL dengan peruntukan RM114.68 juta disalurkan melalui agensi KKLW seperti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)

Sementara itu, maklum balas KKLW yang diterima Jabatan Audit Negara pada 19 Mei 2017 berkata tindakan pembaikan sedang dilakukan oleh kementerian, agensi dan koperasi terlibat, manakala peralatan yang tidak digunakan akan diagihkan kepada koperasi lain yang menjalankan projek sama sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat berkaitan tatacara pemindahan aset di bawah PDL pada 28 Mac. – BERNAMA

Tags: AuditTindakan Tatatertib
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anak Kapal Warga Thailand Hilang Di Perairan Morib

Next Post

Arahan Akaun Saliran Pulau Pinang Tidak Dipatuhi

Related Posts

KKM Sedang Audit Klinik Kesihatan Boleh Operasi Lebih Lama

KKM Sedang Audit Klinik Kesihatan Boleh Operasi Lebih Lama

23/01/2023
0

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan sedikit masa lagi bagi mengenal pasti klinik kesihatan (KK) yang boleh beroperasi secara lebih...

Mana Pergi Audit Dana Diterima Syed Saddiq?

29/05/2022
0

Sudah 10 bulan berlalu sejak Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan akan menjemput Ernst & Young mengaudit program...

Next Post

Arahan Akaun Saliran Pulau Pinang Tidak Dipatuhi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd