• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATF Medan Uji Prestasi Kuartet 4x100M Negara

oleh AK-47
04/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) ke-22 di India menjadi medan untuk menguji prestasi kuartet lelaki serta wanita negara sebelum menghadapi saingan di temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Pengurus Skuad Olahraga Sukan SEA, Datuk Salim Parlan berkata acara 4x100m menggabungkan empat pelumba pecut terbaik negara yang sebelum ini menjalani latihan secara individu di bawah jurulatih masing-masing.

“Kita hendak lihat pasukan 4x100m lelaki dan wanita negara, bagaimana prestasi mereka ketika digandingkan bersama kerana secara individu mereka berlatih dengan jurulatih masing-masing,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Klia2 sebelum berlepas ke India, semalam.

Kuartet lelaki terdiri daripada Khairul Hafiz Jantan, Jonathan Nyepa, Badrul Hisham Abdul Manap dan Nixson Kennedy manakala kuartet wanita pula terdiri daripada Siti Fatimah, S. Komalam, Zaidatul Husniah dan Nurul Faizah Asma Mazlan yang menggantikan V.Shereen Samson yang mengalami kecederaan hamstring.

Pada Terbuka Thailand, saingan acara 4x100m lelaki menyaksikan Malaysia menamatkan aksi di tempat ketiga dengan catatan masa 40.02s, tewas kepada Thailand yang memenangi pingat emas dengan masa 39.54s manakala pingat perak menjadi milik Hong Kong (39.84s).

Kuartet 4x100m wanita negara pula, terdiri daripada Shereen, Siti Fatimah, Komalam dan Zaidatul Husniah berjaya memperbaharui rekod kebangsaan dengan catatan 45.19s, memadam rekod terdahulu, 45.32 saat yang dicipta pada Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura 2016.

Untuk rekod, Thailand memegang rekod Sukan SEA dalam acara 4x100m lelaki dan wanita dengan catatan masa masing-masing 38.95s dan 44.00s yang dirakamkan pada temasya 2007 di Korat.

Dalam pada itu, Salim berkata ATF yang akan berlangsung di Bhubaneswar, India, pada 6 hingga 9 Julai juga menjadi platform kepada atlet olahraga negara memperbaiki prestasi masing-masing sebelum saingan sebenar pada Ogos.

Katanya, barisan atlet yang dihantar pada penyertaan kali ini merupkan atlet berpotensi meraih pingat di Kuala Lumpur nanti.

“Untuk atlet lain, saya harap mereka cuba dapatkan catatan terbaik peribadi, dan pada masa yang sama jangan hilang fokus utama iaitu Sukan SEA. Dalam hendak mengejar catatan peribadi, jangan sampai cedera,” katanya.

Mengulas mengenai kecederaan yang dialami Shereen, Salim berkata menurut maklumat awal daripada Institut Sukan Negara (ISN), Shereen boleh kembali menjalani latihan selepas dua minggu.

“Sebab itu, kita tidak bawa Shereen bersama sebab kita mahu atlet itu menjalani proses rehabilitasi sepenuhnya. Shereen bukan sahaja menyertai acara 4x100m tapi juga terlibat dalam acara individu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kuartet 4x100M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd