• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asia Berdaya Tahan Selepas Krisis Kewangan

oleh AK-47
07/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ekonomi Asia kini lebih bersedia untuk mengharungi kejutan dan tekanan kewangan luaran berikutan penampan yang telah dibina serta pembaharuan yang dilaksana selepas krisis kewangan Asia, yang berlaku 20 tahun lalu, kata Fitch Ratings.

Ia berkata, peralihan daripada kadar pertukaran tetap kepada lebih fleksibel adalah satu daripada perbezaan penting daripada 1997, dengan menambah, empat negara yang terjejas teruk, iaitu Korea Selatan, Indonesia, Malaysia dan Thailand telah menambat atau menguruskan mata wang mereka dengan ketat pada ketika itu.

Ini membolehkan salah jajaran pertukaran mata wang asing untuk membina dan mendedahkan negara-negara kepada serangan spekulatif seperti yang menyebabkan penurunan nilai baht Thai yang mendadak yang mencetuskan krisis tersebut, tambahnya.

Fitch berkata, kebanyakan ekonomi Asia juga kurang bergantung kepada aliran masuk modal bersih, dengan lebihan akaun semasa kini menjadi satu norma, bukan lagi defisit.

“Bagi negara yang dilanda krisis, hanya Indonesia mengalami defisit akaun semasa, di mana pada 1.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), adalah lebih kecil berbanding defisit sebelum 1997. Thailand, contohnya, mengalami defisit lapan peratus daripada KDNK pada 1996, Malaysia dan Korea kira-kira empat peratus dan Indonesia 2.8 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Fitch berkata, kebanyakan bank pusat telah membina rizab pertukaran asing ke paras yang membolehkan skop penting bagi menjelaskan hutang luaran dan jika mereka melihat wujudnya keperluan, menyokong mata wang.

“Dalam mana-,mana kes, penurunan kadar pertukaran bukan lagi ancaman kepada kesihatan ekonomi Asia disebabkan nisbah hutang luaran yang lebih rendah dan penggunaan lindung nilai pertukaran asing yang lebih meluas.

“Kos melunaskan hutang mata wang asing melonjak apabila mata wang merudum pada 1997, menyebabkan kenaikan mendadak dalam kemungkiran dengan kesan serius ke atas sistem perbankan,” kata agensi penarafan kredit tersebut.

Ia berkata, pengawalseliaan sektor perbankan telah meningkat dengan ketara manakala standard pinjaman dan penampan terhadap kerugian lebih kukuh dan kunci kira-kira menjadi lebih telus.

“Selain itu, bank Asia cenderung untuk membiayai pinjaman mereka daripada deposit, bukannya bergantung kepada pembiayaan borong, menjadikan mereka lebih berdaya tahan kepada kecairan pasaran yang lebih ketat.

“Hubungan erat antara bank dan syarikat, yang menjadi teras kepada krisis kewangan, pada peringkat tertentu masih wujud, tetapi di kebanyakan negara mereka tidak lagi sebegitu selesa atau menyeluruh sebagaimana 20 tahun lalu,” tambahnya.

Fitc berkata, pengawal selia telah menjadi aktif dalam cara lain, contohnya, pengetatan kehematan makro telah menyejukkan aktiviti di beberapa pasaran perumahan Asia pada dekad yang lalu.

“Bagaimanapun, ini bukan untuk menyatakan yang rantau ini tanpa risiko. Selain peningkatan aset-harga, pertambahan pesat hutang isi rumah dan korporat – kebanyakannya didenominasi mata wang tempatan- ketika 10 tahun dasar monetari global yang terlalu longgar telah mewujudkan bahaya kewangan,” katanya.

Nisbah hutang kepada KDNK sektor swasta kini hampir atau melepasi paras semasa krisis ekonomi Asia di kebanyakan ekonomi dan ini menjadikan sistem kewangan sensitif kepada perubahan dalam keadaan ekonomi, terutama kadar pengangguran dan kadar faedah sebenar.

Fitch berkata, rantau ini juga lebih bergantung kepada China, yang menjadi satu daripada rakan perdagangan terbesar bagi kebanyakan ekonomi Asia.

“Kerapuhan dan manfaat kewangan terus meningkat di China dan kami menjangka pertumbuhan yang perlahan pada tahun-tahun akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Fitch Ratings
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPRM Tahan Pegawai Kastam Sarawak Kes Rasuah

Next Post

Pinjaman PUNB Untuk Kembangkan Perniagaan

Related Posts

Turun Penarafan Fitch Cerminkan Kesan COVID-19 Ke Atas Ekonomi

09/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Fitch Ratings menyemak turun penarafan Malaysia sebenarnya turut mencerminkan kesan pandemik COVID-19 ke atas ekonomi negara...

Penarafan Turun Bukan Disebabkan Faktor Dalaman Negara

07/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Penurunan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia oleh Fitch Ratings bukan disebabkan faktor...

Next Post

Pinjaman PUNB Untuk Kembangkan Perniagaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd