• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Pusat Lambakan Senjata: Yaman Tenat!

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEI lalu, dalam kunjungan Donald Trump ke Riyadh, Arab Saudi dengan bangga mengumumkan pembelian pakej senjata berjumlah USD110 bilion atau hampir RM480 bilion bagi tempoh lima tahun.

Pada masa sama, Arab Saudi kini memiliki lima kem tentera udara yang menempatkan 500 personel tentera Amerika Syarikat (AS) dengan kekuatan jet pejuang.

Arab Saudi menjadi kem ketenteraan Barat dalam mencari tapak baru untuk mengawal pergerakan Iran. Sejak Iran menyatakan Israel sebagai musuh yang mesti dihapuskan, Arab Saudi menjadi zon ketenteraan AS dan sekutu Barat untuk melindungi Israel.

Di London – usaha aktivis anti perang untuk menghalang penjualan senjata kepada Arab Saudi ditolak Mahkamah London semalam.

Aktivis berusaha menggunakan proses undang-undang bagi membatalkan perjanjian penjualan senjata itu, yang digunakan Arab Saudi untuk menyerang penduduk Houti di Yaman.

Aktivis berhujah di mahkamah, senjata yang dijual dan penggunaannya bertentangan dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Aktivis Kempen Anti Perdagangan Antarabangsa (CAAT) memohon perintah menghalang lesen eksport membabitkan bom buatan Britain dan jet pejuang kepada Arab Saudi.

Alasan CAAT, senjata yang digunakan Arab Saudi dalam perang menentang kumpulan Houthi di Yaman membunuh penduduk awam.

Di GENEVA Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa melaporkan, lebih 300 ribu rakyat Yaman dijangkiti taun dalam tempoh 10 minggu.

“Lebih 300,000 kes sekarang dengan 7,000 kes dikesan setiap hari,” kata pengarah serantau ICRC, Robert Mardini.

Setakat ini 1,706 disahkan mati.

Arab Saudi mengetuai pakatan negara Arab menyerang pejuang Houti pro Iran sejak krisis rampasan kuasa pada 2015. Houti menguasai bandar Sana’a di selatan Yaman.

Arab Saudi menyokong Presiden Abdul Rabbuh Mansor yang cuba digulingkan. Campurtangan ketenteraan Arab Saudi dan Iran menjadikan Yaman medan perang saudara yang mengorbankan lebih 10 ribu nyawa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Arab Saudisenjata
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam sebagai prasyarat baharu bagi proses pengeluaran visa haji kepada jemaah yang melaksanakan...

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd