• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Taja 5 Ustaz Kemboja Tunaikan Haji

oleh AK-47
24/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setelah tiga tahun berusaha mengumpul dana, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ANTARABANGSA akhirnya berjaya mengumpul US$20,000 (RM85,540) untuk menaja lima guru agama rakyat Kemboja menunaikan ibadah Haji tahun ini.

Pengerusinya Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata mereka berusia di antara 42 hingga 60 tahun dan merupakan guru agama yang menetap di kawasan pedalaman selain turut mengambil upah menoreh getah dengan bayaran US$10 (RM42.8) sehari.

“Niat kami menaja mereka menunaikan Haji sudah lama. Saya begitu tersentuh apabila setiap kali selepas mengimamkan solat, ada di antara mereka yang akan berdoa agar diberikan kesempatan untuk menunaikan Haji.

“Mereka ini bukanlah daripada kalangan orang berada. Alhamdulillah, tahun ini kami berjaya mengumpul dana dan ini adalah hadiah kepada mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau turut memuji kesemua ustaz berkenaan yang ikhlas menyumbang khidmat kepada komuniti tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Mustapha, yang kini berada di Kemboja, berkata program julung kali itu menyediakan tajaan sebanyak US$4,500 (RM19,246) seorang termasuk kos membuat visa Haji di Hong Kong atau Vietnam, penginapan serta makan dan minum ketika di Makkah dan Madinah.

“Di sini (Kemboja) tidak ada kedutaan Arab Saudi. Sebab itu, kami perlu membuat visa haji di Kedutaan Arab Saudi di Vietnam dan Hong Kong.

“ Mereka akan berangkat ke Makkah melalui dua negara itu,” kata Mustapha, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kesejahteraan Bandar Kementerian Wilayah Persekutuan.

ANTARABANGSA, yang menjalankan aktiviti kemanusiaan di Kemboja sejak 18 tahun lepas, juga membina hampir 3,000 telaga bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di kawasan pedalaman selain membina tiga sekolah agama. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mustapha Terima Penghargaan Khas Kampung Sempadan, Kemboja-Vietnam

18/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa telah menerima pengiktirafan di atas pelbagai sumbangan mereka kepada penduduk di Kampung...

Garis Panduan Jakim Sumber Rujukan Sekolah Kemboja

19/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Garis panduan pengajian agama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjadi antara sumber rujukan Sekolah Agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd