• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anis Dikecam Pakai Sneakers Di Majlis Persandingan?

oleh AK-47
09/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGGUNAAN kasut sukan atau sneakers pada hari persandingan mungkin akan menjadi trend selepas ia digayakan pelakon Anis Al-Idrus dalam majlis resepsinya, baru-baru ini.

Menurut Anis, dia bukan sengaja tidak mahu memakai kasut tumit tinggi seperti mana yang sering digayakan raja sehari, sebaliknya dia lebih selesa menggayakan sneakers untuk hari bahagianya itu.

Malah, Anis menafikan cakap-cakap orang mendakwa dia sengaja ingin mencari perhatian dengan membuat kelainan seperti itu.

 “Sebenarnya saya kalau pakai baju kurung pun akan gunakan kasut kanvas berbanding tumit tinggi kerana memang selesa begitu.
“Kalau saya pakai kasut tumit tinggi berasa tidak selesa dan selalunya memang akan ada kejadian saya terjatuh.

“Jadi untuk majlis ini, saya pilih sesuatu yang saya suka tambahan pula dapat bergerak dengan mudah memandangkan perlu menyapa tetamu.

“Tak cari perhatian pun orang viralkan kita, jadi tak kisahlah apa orang hendak kata.

“Mungkin itu hobi mereka gemar hendak menularkan kisah mengenai orang lain kerana hobi kita ni berbeza-beza,” ujarnya,  lapor mStar Online. 

Anis mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati, Mohd Rafzan dan majlis pernikahan mereka disempurnakan di sebuah lokasi di TTDI Jaya, Shah Alam pada Jumaat lalu.

Pasangan mempelai dinikahkan bapa aktres itu, Syed Zainal Syed Abu Bakar Al-Idrus di hadapan Imam dan Jurunikah Masjid Al-I’tisam TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: Anis Al-Idrusperkahwinanselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

25/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menamatkan zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita...

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd