Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

3 Kali Dirompak, Ayu...

BERIKUTAN kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya baru-baru ini, pelakon Ayu Raudhah mengakui...

Kertas Siasatan Kes Kartunis...

GEORGE TOWN - Kertas siasatan berhubung kartunis politik kontroversi, Zunar, yang mengadakan pameran...

Pusat Pemindahan Banjir Dibuka...

KUALA TERENGGANU - Beberapa penduduk Kampung Mengabang Telung terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan...

Geng Awang Pontian Curi...

ROMPIN ā€“ Polis berjaya menumpaskan Geng Awang Pontian yang aktif dalam kegiatan...

Anis Al-Idrus Sah Jadi Isteri Mohd. Rafzan

SHAH ALAM – Aktres dan penyanyi, Anis Al-Idrus selamat menjadi isteri kepada lelaki pilihannya, Mohd. Rafzan Nurhikmal Abdul Halim dengan dua kali lafaz, kira-kira pukul 9.40 malam Jumaat.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 28, dinikahkan oleh bapanya sendiri iaitu Syed Zainal Syed Abu Bakar Al-Idrus di hadapan Jurunikah Masjid Al- Iā€™tisam TTDI Jaya, Ustaz Mohd. Fairus Shuaib.

Menurut laporan media tempatan, pelakon dramaĀ Duda Terlajak LarisĀ itu mengenakan pakaian pengantin berona putih dan menerima satu set barang kemas sebagai mas kahwin dalam sebuah majlis yang diadakan di sini.

Anis Al-Idrus Sah Jadi Isteri Mohd. Rafzan

Selain itu pengantin perempuan turut menerima tiga dulang hantaran manakala pengantin lelaki pula dibalas dengan lima dulang hantaran.ā€Ø Pasangan pengantin baharu ini sebenarnya telah pun bertunang pada 24 Mac lalu.

Sementara itu, Anis, ketika ditemui berasa lega apabila majlis bahagia dengan Mohd. Rafzan, 35, yang juga seorang duda anak satu dan merupakan cinta pandang pertamanya itu berjalan dengan begitu lancar tanpa masalah besar.


ā€œSyukur akhirnya segala urusan dipermudahkan, doakan kami bersama hingga ke akhir hayat. Terima kasih kepada yang hadir ke majlis sederhana saya,ā€ kata Anis yang pernah berkawan dengan suaminya itu selama tiga bulan.

Mohd. Rafzan bekerja sebagai pereka hiasan dalaman memiliki seorang anak lelaki berusia 10 tahun. Anis pernah dahulu digosipkan ada hubungan cinta dengan aktor Shahnaz Ahmad dan Raja Afiq. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori