• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anis Al-Idrus Sah Jadi Isteri Mohd. Rafzan

oleh
08/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Aktres dan penyanyi, Anis Al-Idrus selamat menjadi isteri kepada lelaki pilihannya, Mohd. Rafzan Nurhikmal Abdul Halim dengan dua kali lafaz, kira-kira pukul 9.40 malam Jumaat.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 28, dinikahkan oleh bapanya sendiri iaitu Syed Zainal Syed Abu Bakar Al-Idrus di hadapan Jurunikah Masjid Al- I’tisam TTDI Jaya, Ustaz Mohd. Fairus Shuaib.

Menurut laporan media tempatan, pelakon drama Duda Terlajak Laris itu mengenakan pakaian pengantin berona putih dan menerima satu set barang kemas sebagai mas kahwin dalam sebuah majlis yang diadakan di sini.

Anis Al-Idrus Sah Jadi Isteri Mohd. Rafzan

Selain itu pengantin perempuan turut menerima tiga dulang hantaran manakala pengantin lelaki pula dibalas dengan lima dulang hantaran.
 Pasangan pengantin baharu ini sebenarnya telah pun bertunang pada 24 Mac lalu.

Sementara itu, Anis, ketika ditemui berasa lega apabila majlis bahagia dengan Mohd. Rafzan, 35, yang juga seorang duda anak satu dan merupakan cinta pandang pertamanya itu berjalan dengan begitu lancar tanpa masalah besar.

“Syukur akhirnya segala urusan dipermudahkan, doakan kami bersama hingga ke akhir hayat. Terima kasih kepada yang hadir ke majlis sederhana saya,” kata Anis yang pernah berkawan dengan suaminya itu selama tiga bulan.

Mohd. Rafzan bekerja sebagai pereka hiasan dalaman memiliki seorang anak lelaki berusia 10 tahun. Anis pernah dahulu digosipkan ada hubungan cinta dengan aktor Shahnaz Ahmad dan Raja Afiq. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Anis Al-Idrus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pusingan-U Mahathir Sebab Takut Penubuhan RCI

Next Post

Krisis Dalaman: Ahli UMNO Diingat Tak Ulangi Kesilapan

Related Posts

Single Baru Anis Al-Idrus Ciptaan Hafiz Hamidun

08/11/2017
0

SELEPAS kes penceraiannya bersama dengan bekas isteri, Joy Revfa, kini Hafiz Hamidun lebih banyak menghabiskan masa di dalam studio untuk...

Suami Tidak Kongkong Karier Seni Anis Al Idrus

30/07/2017
0

SUAMI kepada aktres Anis Al-Idrus, Mohd. Rafzan Nurhikmal Abdul Halim tidak meletakkan sebarang syarat tertentu untuk karier lakonan isterinya selepas...

Next Post

Krisis Dalaman: Ahli UMNO Diingat Tak Ulangi Kesilapan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd