• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Maut Motosikal Dirempuh Kereta

oleh AK-47
21/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta dalam satu kemalangan di Jalan Klang-Teluk Intan, Kuala Selangor, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Ruslan Abdullah berkata mangsa dikenali sebagai Konstabel percubaan Mohamad Azreen Anuar, 27, anggota tugas am di Balai Polis Kuala Selangor.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, kereta Honda Civic yang dipandu seorang lelaki tempatan dari arah Klang menghala ke Teluk Intan dipercayai gagal dikawal lalu merempuh motosikal mangsa dari arah belakang.

“Akibat rempuhan itu, kereta berkenaan kemudian terbabas ke bahu jalan dan melanggar pula dua lelaki yang sedang berjalan dari arah sama sebelum melanggar pokok. Ketika kejadian, cuaca baik dan permukaan jalan juga rata dan berturap.

“Mohamad Azreen yang cedera parah pada bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang pejalan kaki cedera di kaki dan seorang lagi selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pemandu kereta berumur 34 tahun dari Sekinchan yang didapati melarikan diri  selepas kemalangan itu ditahan beberapa jam kemudian dan hasil ujian air kencing mendapati lelaki berkenaan di bawah pengaruh pil ecstasy dan ditahan untuk membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: mautSupt Ruslan Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd