• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta 258 Perlu Pindaan Tadbir Urus Yayasan Terbaik

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Akta 258 yang membenarkan penubuhan yayasan untuk membantu golongan kurang bernasib baik memerlukan penambahbaikan melalui pindaan bagi tadbir urus terbaik selaras dengan perkembangan semasa yang mencabar serta pendekatan kerajaan yang berpaksikan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata yayasan yang tidak berteraskan keuntungan itu perlu diperkasakan kerana pengurusannya berdepan cabaran tertentu dan terdedah kepada ruang dan peluang untuk menyalahgunakan tabung amanah yayasan bagi kepentingan peribadi.

Katanya pemerbadanan yayasan di bawah Akta 258 membolehkan ia mempunyai entiti perundangan, berstatus sebagai badan korporat, seterusnya dapat memastikan kepentingan awam terutamanya penyumbang dana sentiasa dilindungi dan kebolehpercayaan terhadap pemegang amanah berada pada tahap tertinggi.

Menurut Azalina, Akta 258 yang dikuatkuasakan pada 1952 itu hanya sekali melalui pindaan ‘editorial’ pada 1981, yang bermakna tiada sebarang pindaan substantif dilakukan lebih 35 tahun.

Berucap pada perhimpunan bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) di sini hari ini, Azalina berkata atas sebab itu, BHEUU wajar mencadangkan pindaan-pindaan sewajarnya pada akta berkenaan bagi pertimbangan dan kelulusan jemaah me

“Saya amat berharap yayasan yang dikecualikan cukai dan berteraskan kebajikan ini kekal bebas daripada unsur negatif yang boleh menghilangkan keyakinan penyumbang dan masyarakat,”katanya.

Beliau berkata penubuhan yayasan yang kini berjumlah 380 buah memerlukan pengorbanan pemegang amanah untuk melakukan kebaikan dengan memberi sumbangan masa, tenaga atau kebolehan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran sama ada dalam bentuk wang atau kebendaan.

Pada majlis itu, Azalina turut menyerahkan sijil pemerbadanan kepada lapan yayasan yang terlibat dalam aktiviti berbentuk keagamaan, pendidikan, sosial dan kesusasteraan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azalina Othman Said
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

06/04/2023
0

SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi menambah baik dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd