• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akauntan Malaysia Juara Masterchef Australia 2017

oleh AK-47
25/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG akauntan dari Malaysia, Diana Chan menjuarai program realiti masakan popular, Masterchef Australia 2017 yang merupakan musim kesembilan bagi produksi tersebut.

Episod finale rancangan tersebut disiarkan malam tadi di seluruh Australia, memaparkan Diana menewaskan pesaingnya, Ben Ungermann dalam pertarungan penuh ‘berapi’ itu.

Dengan kemenangan itu, Diana berjaya membawa pulang sebuah trofi, wang tunai A$250,000 (RM848,522) dan mempunyai kolum tulisan sendiri dalam majalah masakan terkemuka negara itu, Delicious. 

Diana mempesonakan juri pertandingan dengan menyediakan masakan sambal ikan yang diwarisi daripada resipi ibunya.

Wanita berusia 29 tahun ini dibesarkan di Johor Bahru dan Kuala Lumpur sebelum berhijrah ke Melbourne sejak 10 tahun lalu.

Diana mengulangi kejayaan serupa yang dimenangi juara Masterchef Australia musim kedua iaitu Adam Liaw. Adam merupakan anak jati Pulau Pinang yang turut merantau memulakan kerjayanya di negara Kangaru tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: masterchef australiapertandingan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sah Tiada Pertandingan Untuk Jawatan Presiden, Timbalan

Sah Tiada Pertandingan Untuk Jawatan Presiden, Timbalan

14/01/2023
0

PAU 2022 | Perwakilan Umno hari ini meluluskan usul agar tiada pertandingan dijalankan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti...

UMNO Berpecah Lagi Jika Ada Pertandingan – Nur Jazlan

UMNO Berpecah Lagi Jika Ada Pertandingan – Nur Jazlan

03/01/2023
1

JOHOR BAHRU : Ahli akar umbi UMNO tidak perlu menjadikan kegagalan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd