• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Perkenan Penubuhan RCI Siasat Kes Kerugian BNM

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V perkenankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara Sekitar Tahun 1990-an, menurut Pejabat Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata penubuhan itu selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) dan penubuhan suruhanjaya siasatan itu berkuat kuasa 15 Julai 2017.

Selaras dengan peruntukan Akta 119, Seri Paduka turut memperkenankan keanggotaan suruhanjaya dengan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik menjadi pengerusi suruhanjaya.

Bidang kuasa suruhanjaya itu adalah:

Menentukan kesahihan dakwaan mengenai kerugian akibat urus niaga pertukaran mata wang asing yang dialami Bank Negara Malaysia sekitar tahun 1990-an serta implikasinya kepada ekonomi negara.

Menentukan sama ada terdapat elemen menyembunyikan fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian Bank Negara Malaysia dalam aktiviti urus niaga mata wang asing itu dan memberikan kenyataan yang mengelirukan kepada Jemaah Menteri, Parlimen dan rakyat.

Mengesyorkan tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan/atau tidak langsung jika didapati mereka menyebabkan kerugian Bank Negara Malaysia serta menyembunyikan fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian itu; dan

Mengesyorkan langkah-langkah bagi memastikan perkara yang sama tidak berulangmenentukan sama ada penglibatan Bank Negara Malaysia dalam aktiviti urus niaga mata wang asing yang menyebabkan kerugian tersebut adalah bertentangan dengan Ordinan Bank Pusat 1958 atau mana-mana undang-undang yang berkaitan.

Kenyataan itu berkata suruhanjaya itu akan menyelesaikan siasatannya dalam tempoh tiga bulan mulai tarikh kuat kuasa penubuhannya dan akan menyembahkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan keanggotaan suruhanjaya yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan dan Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon dan Ahli Institut Akauntan Malaysia yang juga Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia serta bekas rakan kongsi firma Ernst & Young, Pushpanathan S.A Kanagarayar.

Baginda turut memperkenankan pelantikan Setiausaha Bahagian Pelaburan Kementerian Kewangan Datuk Dr. Yusof Ismail sebagai setiausaha suruhanjaya.

Berhubung pelantikan Mohd Sidek sebagai pengerusi suruhanjaya dan Saw sebagai ahli suruhanjaya, kenyataan itu berkata ini adalah bagi mewujudkan kesinambungan memandangkan mereka telah menganggotai Pasukan Petugas Khas mengenai perkara yang sama sebelum ini.

Keanggotaan ahli-ahli yang lain adalah mengambil kira kelayakan dan pengalaman mereka dalam bidang-bidang yang berkait rapat dengan siasatan yang dijalankan suruhanjaya, kata kenyataan tersebut. – BERNAMA

Tags: Kes Kerugian BNMYang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Pengesahan Agong Telah Berkahwin – PM

29/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak mempunyai sebarang pengesahan rasmi berhubung dakwaan...

Agong Kahwini Wanita Rusia?

24/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dilaporkan berkahwin dengan ratu cantik Moscow yang dikenali sebagai Oksana Voevodina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd