• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adam AF2 Gembira Ada Lelaki Boleh Jaga Bekas Isteri

oleh AK-47
27/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS peserta Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Adam mengakui berasa gembira apabila mendapat tahu bekas isterinya, Fiza Abdul Halim atau Fiza Elite bertemu jodoh dengan seorang juruterbang akhir tahun lalu.

Kata Adam, dia berharap suami baru Fiza, Aizat Al-Jefri dapat melindungi dan menyayangi bekas isterinya itu dengan sepenuh hati.

“Sebenarnya selepas sahaja kami berpisah saya memang tidak henti-henti mendoakan kebahagiaannya.

“Apabila saya dapat tahu dia sudah berkahwin terus-terang saya rasa amat bersyukur dengan berita itu kerana akhirnya ada juga orang yang boleh menjaganya.

“Saya berpeluang berkenalan dengan suaminya baru-baru ini selepas kami terserempak di kedai makan yang sama dan Fiza memperkenalkan saya dengannya.

“Saya lihat suaminya seorang yang baik dan saya yakin Aizat dapat menjaganya dengan baik,” katanya kepada Astro Gempak.

Sementara itu, Adam memberitahu hubungannya dengan Fiza baik dan tidak pernah membenci bekas isterinya itu.

“Alhamdulilah hubungan kami sangat baik dan tiada apa-apa masalah.

“Dia merupakan wanita yang pernah menjadi isteri saya dan tak mungkin saya mahu membencinya.

“Saya sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja untuknya,” katanya lagi.

Adam dan Fiza berkahwin pada September 2013 dan bercerai sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2014 dan 2015.

Beginilah bagus kan; walaupun sudah tiada hubungan sah lagi tetapi silaturrahim masih tetap dikekalkan, bahkan saling mendoakan kebahagiaan satu sama lain! – MYNEWSHUB.CC

Tags: adam affiza elite
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Buat Apa Nak Cerita? Bukan Semua Doa Yang Baik-Baik”

04/07/2017
0

SELEPAS gambar mesranya menyambut Hari Raya baru-baru ini bersama seorang lelaki mendapat perhatian peminat, Fiza Halim akhirnya tampil mengakui bahawa...

Fiza Halim Muat Naik Gambar Raya Bersama Suami Di IG

03/07/2017
0

BEKAS anggota kumpulan Elite, Fiza Halim, 36, dilihat terbuka memuatnaik beberapa keping gambar mesra bersama seorang lelaki ketika menyambut Hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd