PUSAT fesyen Primark di London telah menarik semula ribuan kasut sandal lelaki kerana ia dikhuatiri mampu mendatangkan bahaya gara-gara mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser.
Primark telah menarik balik sandal Cedar Wood State yang berada di pasaran dan akan mengembalikan semula wang kepada pelanggan yang sudah membeli sandal tersebut.
Menurut jurucakap Primark, sandal tersebut positif mengandungi chrysene, bahan kimia yang biasanya ditemui dalam pewarna warna gelap.
Chrysene diperbuat daripada asap tembakau dan tar jalan.
Sandal berwarna hitam, biru dan khaki itu mula memasuki pasaran sejak Januari lalu.
Penyiasatan kini sedang dijalankan dan setakat ini Primark telah menangguhkan dahulu daripada membuat sebarang pesanan. – MYNEWSHUB.CC