• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Remaja Pukul Rakan Sekolah Ditahan

oleh Ahmad Albab
20/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tujuh remaja lelaki ditahan kerana terlibat dalam insiden memukul seorang rakan sekolah mereka di hadapan sebuah sekolah menengah di Skudai di sini, Isnin.

Penahanan kesemua suspek berusia antara 14 dan 16 tahun itu dilakukan di beberapa lokasi setelah orang awam memaklumkan kejadian kepada pihak sekolah dan keluarga mangsa.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kejadian pada 5.20 petang itu berpunca daripada tindakan mangsa yang melaporkan suspek dan beberapa rakan memanjat pagar sekolah untuk ponteng, kepada guru sekolah.

Berikutan rasa tidak berpuas hati, suspek dan rakannya telah mencederakan mangsa dengan menendang, memijak dan menumbuk muka serta badannya sehingga mangsa cedera pada kepala, lebam pada muka dan bahagian belakang serta luka tangan.

Katanya, mangsa yang berusia 13 tahun itu kemudiannya diselamatkan orang awam yang ternampak kejadian itu, sebelum memaklumkannya kepada pihak sekolah dan keluarga mangsa.

Kesemua suspek direman hingga 20 Julai ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Siasatan terperinci dijalankan kerana polis tidak  memberi ruang kepada kemasukan elemen gangsterism menular ke dalam sekolah,” kata Wan Ahmad Najmuddin dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kes berasingan, beliau mengesahkan lima individu termasuk seorang perempuan turut diberkas kerana memukul seorang pelajar lelaki tingkatan lima yang enggan menyertai kumpulan kongsi gelap, pada 16 Julai lepas.

Beliau berkata empat daripada suspek ditahan polis Johor pada awal pagi semalam (18 Julai) manakala seorang lagi ditahan dengan bantuan polis Melaka hari yang sama.

“Semua yang ditahan berumur antara 15 dan 19 tahun dengan tiga daripadanya direman hingga 20 Julai ini untuk siasatan lanjut, manakala dua lagi akan direman hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes pukulRemaja Perempuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Perempuan 19 Tahun Maut, Terjatuh Tingkat 19 Kondominium

Remaja Perempuan 19 Tahun Maut, Terjatuh Tingkat 19 Kondominium

04/02/2026
0

GOMBAK: Seorang remaja wanita berusia 19 tahun maut selepas disyaki terjatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Batu Caves, kelmarin....

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd