• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Tapak Pelupusan Alami Pencemaran Berulang

oleh Ahmad Albab
08/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam tapak pelupusan sisa pepejal (TPS) didapati mengalami isu pencemaran larut resapan berulang dan serius.

Enam TPS itu ialah bekas TPS Taman Beringin (Kuala Lumpur), TPS Sungai Udang (Melaka), TPS Pulau Burung (Pulau Pinang), TPS Ladang Tanah Merah (Negeri Sembilan), TPS Ladang CEP Simpang Renggam (Johor) serta bekas TPS Pajam (Negeri Sembilan).

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati punca pencemaran adalah disebabkan rekabentuk TPS dan sistem pengolahan larut resapan sedia ada yang kurang efisien berbanding kapasiti penerimaan sisa pepejal yang meningkat.

“Runtuhan benteng kolam takungan larut resapan sehingga menyebabkan larut resapan mengalir masuk ke dalam sungai berhampiran selain kerosakan peralatan atau komponen di tapak pelupusan yang merupakan sebahagian sistem kawalan pencemaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kekurangan operator yang kompeten dari segi kawalan pencemaran alam sekitar di TPS turut menjadi faktor pencemaran.

Wan Junaidi berkata JAS telah mengambil 74 tindakan penguatkuasaan terhadap pihak bertanggungjawab yang menguruskan enam TPS itu termasuk mengeluarkan notis arahan, kompaun dan tindakan mahkamah.

Kes-kes ketidakpatuhan tersebut disiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang melibatkan denda tidak lebih daripada RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan mengikut Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.

Manakala penalti bagi pelanggaran ke atas Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal dan Kambus Tanah) 2009 adalah maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan denda selanjutnya maksimum RM1,000 sehari bagi setiap kesalahan itu diteruskan, jika disabitkan kesalahan.

Katanya kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati melakukan pencemaran alam sekitar.

Orang ramai boleh membantu menjadi mata dan telinga JAS dalam usaha melindungi sumber air negara dengan menghubungi hotline 1-800-88-2727 atau e-aduan melalui eaduan.doe.gov.my, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

13/09/2022
0

PUTRAJAYA - Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dijangka dibaca kali pertama pada 4 Oktober...

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

26/08/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd