• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

364 Penagih Dadah, Pengedar Ditahan Sejak Januari

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Seramai 364 penagih dan pengedar dadah ditahan di sekitar Jasin kerana terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah sejak 1 Jan lepas hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Arshad Abu berkata daripada jumlah itu 14 individu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 melibatkan rampasan dadah bernilai kira-kira RM10,000.

Beliau berkata dua lokasi penagihan dadah yang dikenal pasti di daerah berkenaan adalah di Merlimau dan Sungai Rambai di sini.

“Mereka yang ditahan dalam lingkungan umur 18 hingga 60 tahun dan hanya 20 peratus daripada mereka adalah wanita, selebihnya lelaki. Mereka yang ditahan ini kebanyakannya terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah jenis heroin dan ganja,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata tangkapan terbaru melibatkan seorang lelaki berusia 30-an kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di sekitar Jasin.

Arshad berkata lelaki berkenaan yang memiliki 38 gram heroin bernilai RM1,100 itu ditahan di Merlimau kira-kira 11.15 pagi pada 29 Julai dan direman selama 14 hari bermula 30 Julai bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata seorang lelaki yang dikenali sebagai Amizi Ali, 44, diminta tampil membantu siasatan kes curi rim kereta di Chinchin di sini, melibatkan kerugian kira-kira RM6,000 baru-baru ini.

“Maklumat terakhir yang kita perolehi beliau bekerja sebagai buruh dan berasal dari Melaka. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang lelaki ini diminta menghubungi balai bolis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini, tiga lelaki berusia 34, 40 dan 64 tahun ditahan di sekitar daerah berkenaan dalam tangkapan berasingan selama tiga hari bermula 27 Julai lepas bagi membantu siasatan kes sama. – BERNAMA

Tags: ditahanDSP Arshad Abu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd