• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,035 Peserta Catat Rekod Penyertaan Teramai Yoga

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Yoga Kebangsaan yang berlangsung di Dataran Merdeka hari ini berjaya mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Penyertaan Paling Ramai dalam Sesi Yoga.

Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas berkata sesi yoga yang diadakan selama empat jam bermula 6.30 pagi tersebut disertai 3,035 peserta.

“Syukur, hari ini kita berjaya mencatat rekod tersendiri dalam MBOR yang mana rekod sebelum ini dicatatkan oleh satu daripada penganjuran kira-kira 2,000 orang.

“Sebenarnya rekod bukanlah keutamaan kita, tapi kita dapat berkumpul bersama-sama hari ini melakukan aktiviti sihat ini dan Sambutan Hari Yoga ini sebenarnya disambut pada 21 Jun setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas turut serta dalam acara tersebut.

Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Kayveas berkata yoga merupakan aktiviti sihat yang sesuai untuk semua peringkat umur dan tidak memerlukan pergerakan yang terlalu banyak.

Sambutan Hari Yoga tersebut dianjurkan MyPPP dengan kerjasama Persatuan Sukan Yoga Malaysia, Malaysia Hindu Dharma Mamadharam, Malaysia Young Leaders Association dan Pergerakan Pemuda MIC. – BERNAMA

Tags: yoga
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Umat Islam dinasihatkan supaya tidak melihat Yoga semata-mata sebagai aktiviti fizikal kerana amalan berkenaan mempunyai latar belakang...

Senaman Yoga Gabung Unsur Keagamaan, Pemujaan Adalah Haram – JAWI

Senaman Yoga Gabung Unsur Keagamaan, Pemujaan Adalah Haram – JAWI

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Senaman Yoga yang menggabungkan amalan fizikal dengan unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah haram menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd