• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

27 Kanta Lekap Tersangkut Dalam Mata

oleh Ahmad Albab
17/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Pakar bedah di sebuah hospital di sini menemui 27 kanta lekap melekat pada mata seorang wanita ketika hendak melakukan pembedahan katarak ke atasnya.

Kanta berkenaan yang terkumpul pada mata pesakit berusia 67 tahun itu menyebabkan wanita berkenaan tidak selesa dan menyangka ia berpunca daripada matanya yang kering dan usianya yang sudah lanjut.

Kejadian berlaku November lalu tetapi hanya didedahkan dalam edisi terbaru Jurnal Perubatan Britain.

Pakar oftalmologi, Rupal Morjaria yang mengangani kes itu di Hospital Solihull berhampiran Birmingham memberitahu majalah Optometry Today: “Kami tidak pernah menemui kes seperti ini. Ia sungguh tebal. Semua 17 kanta lekap itu melekat di dalam matanya.

“Kami sungguh terkejut apabila pesakit berkata, dia tidak menyedarinya walaupun ia menyebabkan rasa amat tidak selesa.”

Mulanya, pakar mata menemui 17 kanta berkenaan sebelum pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 10 lagi kanta melekat di dalam mata pesakit itu.

Pesakit itu berkata, dia memakai kanta lekap sejak 35 tahun lalu tetapi jarang menjalani pemeriksaan.

Hasil daripada penemuan itu, wanita berkenaan yang berkata dia tidak sedar kanta lekapnya hilang, terpaksa menangguhkan pembedahan katarak bagi mengelak risiko radang pada bahagian dalam mata.

Menurut Rupal: “Pesakit itu terkejut. Selepas dua minggu saya membuang kanta itu, dia berkata, matanya lebih selesa.” – Agensi/myMetro Online

Tags: kanta lekappesakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tingkatkan Kawalan Di Pejabat Kedutaan AS

Ambulans Terbalik, Empat Termasuk Dua Pesakit Cedera

20/10/2023
0

SEREMBAN: Sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit terbalik menyebabkan empat individu cedera selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis...

Hospital Sungai Buloh Kembali Rawat Pesakit Bukan Covid-19

29/04/2022
0

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk menukar kembali status Hospital Sungai Buloh kepada hospital perubatan bukan Covid-19 seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd