• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,127 Mykad Dikeluarkan JPN Selangor Hab DPP

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sejumlah 2,127 MyKad dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor dalam tempoh 15 sehingga 30 Jun lepas, menerusi pelaksanaan Projek Hab Percetakan Teragih MyKad (Hab DPP).

Pengarah JPN Selangor Zahrullail Zainal berkata pengeluaran MyKad itu membabitkan Hab DPP JPN Negeri Selangor di Shah Alam dan Klang.

“Hab JPN Negeri Selangor (Shah Alam) akan membuat cetakan bagi permohonan MyKad daripada Sub Hab JPN di Kuala Selangor manakala Hab JPN Klang pula membuat cetakan bagi permohonan MyKad daripada Sub Hab di JPN Kuala Langat dan JPN Pelabuhan Klang.

“Menerusi projek Hab DPP yang dilaksanakan bermula 15 Jun lepas di Selangor, tempoh serahan MyKad bagi pejabat-pejabat Sub Hab telah dapat dipendekkan daripada 10 hari bekerja kepada lima hari bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Hab DPP peringkat Selangor yang dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Datuk Mohd Zahari Hassan di pejabat JPN Negeri Selangor di sini, hari ini.

Zahrullail berkata projek Hab DPP itu turut memberikan penjimatan kos kepada pembangunan sistem, tenaga kerja dan perkhidmatan Pos Laju kepada JPN negeri ini.

“Pelaksanaan projek ini turut memberi faedah secara berterusan kepada rakyat dan perkhidmatan awam berikutan manfaat penjimatan masa yang diperoleh rakyat, mempermudahkan urusan rasmi yang memerlukan pengesahan maklumat diri melalui MyKad,” katanya. – BERNAMA

Tags: Zahrullail Zainal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd