Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rakyat Jangan Terpengaruh Fitnah...

TELUK INTAN - Rakyat di negara ini dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan...

Saya Masih Peguam Negara...

KUALA LUMPUR – Peguam Negara Tommy Thomas hari ini menafikan yang beliau telah...

Kampung Sahabat Tarik Perhatian...

SIAPA sangka hanya menggunakan telefon bimbit, pemuda ini dapat menghasilkan gambar cantik sehingga...

Hidupkan 10 Malam Terakhir...

KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan agar tidak terus hanyut dalam keghairahan menyambut...

KEPALA AIR – 18 Penuntut UIAM Diselamatkan

KUALA LUMPUR – Seramai 18 orang penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terperangkap dalam insiden kepala air ketika berada di kawasan Sungai Pisang berdekatan Taman Rimba Klasik Sendayu di Gombak, Isnin malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kejadian berlaku ketika enam lelaki dan 12 wanita berusia dari 19 hingga 23 tahun itu menyertai aktiviti rekreasi di sungai berkenaan kira-kira 6 petang.

“Paras air Sungai Pisang naik menyebabkan mereka tidak dapat menyeberangi sungai itu. Mereka bagaimanapun dapat diselamatkan pada 10.40 malam,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Seramai 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang diarah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan itu pada 8 malam.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua BBP Selayang, Harun Ahmad Sali berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian pada 8.08 malam.

Katanya, seramai 22 anggota termasuk pasukan bomba sukerela bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi bagi bantuan.


“Apabila tiba di lokasi, seramai 18 individu termasuk enam lelaki terperangkap di seberang sungai akibat arus deras.

“Semua mangsa berjaya diselamatkan oleh anggota dengan menggunakan tali untuk menyeberangi sungai, kira-kira jam 10 malam dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Difahamkan mereka menjalankan aktiviti pembelajaran di luar dewan kuliah membabitkan seorang pensyarah dan 29 penuntut sebelum 18 daripada mereka terperangkap,” katanya ketika dihubungi. – BERNAMA

Kategori