• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zulfarhan Osman Seorang Aktif Bersukan – Sepupu

oleh AK-47
04/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sepupu kepada Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dengan kesan lebam dan melecur di badan menyifatkan Allahyarham seorang yang aktif bersukan.

Mohd Nuridhuan Saadon, 30, berkata walaupun jarang bertemu dengan Zulfarhan Osman, namun, dia sering mengikuti perkembangan Allahyarham menerusi laman sosial Facebook dan Instagram.

“Saya sangat terkejut apabila menerima berita kematian Allahyarham malam tadi. Kali terakhir bertemu semasa majlis perkahwinan seorang sepupu tahun lepas.

“Saya memang jarang bertemu dengan Allahyarham tetapi sering bertanya khabar dan mengikuti perkembangan Allahyarham menerusi Facebook dan Instagram di mana saya melihat Allahyarham aktif bersukan termasuk karate dan aktiviti berbasikal menerusi gambar yang dipaparkan,” katanya.

Mohd Nuridhuan ditemui pemberita di perkarangan rumah keluarga Allahyarham Zulfarhan Osman di Bandar Uda Utama, di sini hari ini.

Dia yang tinggal di Kuala Lumpur tiba di rumah berkenaan tengah hari tadi bersama ibu, bapa dan isterinya dan menunggu jenazah Zulfarhan Osman yang dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di sini, malam ini.

Menurutnya, Allahyarham Zulfarhan Osman juga merupakan seorang yang pendiam dan seorang yang hormat kepada orang tua.

Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang, 10 malam tadi dengan kesan lebam dan melecur di badan.

Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan berikutan itu, polis menahan reman 36 penuntut UPNM dan Universiti Tenaga Nasional bagi membantu siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: Zulfarhan Osman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Putuskan 18 Pelajar UPNM Bersalah Kes Bunuh Zulfarhan

02/11/2021
0

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersalah di atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan...

Bunuh Zulfarhan: Nasib 18 Penuntut UPNM Diketahui Esok

02/11/2021
0

18 penuntut universiti yang gagal menahan marah dan walaupun terpelajar serta bijak, percaya cakap seorang bomoh. Bertindak menyiksa mangsa termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd