Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Pertemuan Menentang Myanmar Penentu...

SEPANG - Kemenangan pada pertemuan dengan Myanmar amat penting dalam menentukan kemaraan skuad...

Rekod Baharu, Doktor Keluarkan...

Kolkata - Seorang doktor terkejut apabila mengeluarkan 11,950 batu karang daripada seorang wanita...

Diktator Robert Mugabe Akhirnya...

HARARE - Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe meletak jawatan, menerusi sepucuk surat yang dihantar...

Hukum Pegawai Sebabkan Pembaziran...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan merangka satu undang-undang bagi membolehkan tindakan punitif diambil terhadap...

Weigang Meninggal Di Jerman Akibat Sakit Jantung

PUTRAJAYA – Bekas pengendali skuad kebangsaan dan Perak, Karl Heinz Weigang dilaporkan meninggal dunia di negara kelahirannya, Jerman pagi Selasa dalam usia 81 tahun.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Shahrul Zaman Yahya yang mengesahkan berita sedih tersebut berkata, mendiang disahkan telah meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung dihidapinya.

“Minggu ini merupakan minggu yang menyedihkan buat bola sepak Perak apabila hilang dua orang legenda. Selepas bekas pengurus pasukan, Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar pada Jumaat lalu, Perak kehilangan Weigang,” katanya.

Weigang pernah melakar sejarah apabila berjaya membawa skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik di Moscow, Rusia pada 1980 namun Malaysia boikot temasya itu sebagai protes pencerobohan ke atas Afghanistan.

Pengendali berasal dari Jerman itu cukup sinonim dengan bola sepak Perak selepas berjaya mengemudi skuad Bos Gaurus yang sebelum itu dikenali sebagai skuad Seladang muncul menjuarai Piala Malaysia pada 1998 dan 2000.


Weigang yang dilahirkan pada 24 Ogos 1935 itu pernah membimbing Perak sebanyak dua kali namun meninggalkan pasukan tersebut kembali ke Jerman pada Februari lalu selepas kontraknya ditamatkan oleh pihak pengurusan Pafa.

Mendiang juga pernah menjadi jurulatih skuad kebangsaan Sri Lanka (1964-1965), Vietnam Selatan (1966-1968), Mali (1970-1973), Ghana (1974-1975), Gabon (1989-1994) dan Vietnam (1995-1997). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori