• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wartawan TV Alhijrah & Aktivis Tiba Di Mogadishu

oleh Ahmad Albab
04/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERANG tidak pernah berhenti di Somalia sejak 1991. Mogadishu antara bandar paling teruk dilanda pertempuran. Pada satu ketika, suasana bandar berbahaya ini sama seperti digambarkan dalam filem Black Hawk Down.

Selain perang, Somalia dilanda krisis kebuluran. Pada 2011, suku juta penduduk negara Timur Afrika ini maut akibat kebuluran.

Selepas berakhir era perang saudara antara dua jeneral bermusuh, Hassan Mahdi dan Farah Aidid, Somalia dilanda keganasan militan Al Shabab yang kini mengisytiharkan sokongan pada Daesh.

Semalam, Misi Kemanusiaan Somalia 2017 anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) tiba Lapangan Terbang Adden Abdulle di Mogadishu pukul 9.00 pagi waktu tempatan. Penerbangan 39 jam dari KLIA termasuk 19 jam transit di Istanbul, Turki.

Empat aktivis IRM diketuai Zairulshahfuddin Zainal Abidin dan wartawan Syafiq Azman disambut petugas
Islamic Relief Somalia. Suasana tegang dan faktor kawalan keselamatan ketat menyebabkan proses semakan visa dan imigresen disusul beberapa langkah kawalan tambahan.

Lima rakyat Malaysia itu kemudian ditahan pihak kastam dan dibawa dalam bilik khas untuk diperiksa.

“Kami dimaklumkan ini prosedur biasa atas faktor keselamatan. Lapangan terbang lokasi paling selamat di Mogadishu. Pilihanraya Presiden juga dilakukan di sini,” kata Syafiq.

Di luar lapangan terbang, kelihatan trak dan perisai Tentera Pengaman Kesatuan Afrika (AU) membuat rondaan dan kawalan ketat.

Sepanjang perjalanan delegasi kemanusiaan Malaysia dikawal pasukan keselamatan bersenjata IRS.

“Senjata berat serta wajah serius pengawal keselamatan serta dilarang membuat rakaman di atas trak satu gambaran serius soal keselamatan,” kata Syafiq.

Misi IRM ke Somalia bagi meninjau secara dekat situasi di Somalia serta bantuan yang diperlukan. IRM melancarkan Tabung Rayuan Afrika Timur bagi membantu 18 juta penduduk wilayah tersebut yang sedang diancam kebuluran.

Setakat ini IRM sudah menyelia bantuan RM200 ribu ke Somalia, Kenya, Ethiophia dan  Sudan.
Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel penginapan melalui beberapa check point tentera Somalia dan pasukan AU. Selesai urusan hotel, delegasi Malaysia dibawah ke pejabat IRS untuk taklimat keselamatan dan kemanusiaan.

Syafiq dan aktivis IRM akan berada di Mogadishu sehingga 6 Jun. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MogadishuTV ALHijrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Netizen Kutuk TV AlHijrah Biadab Hina Najib

27/01/2019
0

CELUPAR... Ketika ramai penonton mula gelar TV AlHijrah sebagai TV AlFitnah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, wartawan stesen penyiaran...

CEO TV AlHijrah Pun Kena Letak Jawatan

08/07/2018
0

BERUNDUR... TV AlHijrah mengumumkan peletakan jawatan Datuk Haji Izelan Basar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) stesen penyiaran teresterial tersebut berkuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd