• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Banjiri Ibu Kota Sempena Syawal

oleh Ahmad Albab
27/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tatkala warga kota masih menyambut Syawal kedua di rumah dan kampung halaman masing-masing, ibu kota pula dibanjiri warga asing yang turut beraya mengikut cara mereka.

Tinjauan Bernama di sekitar ibu kota mendapati warga asing seolah-olah berpesta di tempat-tempat tumpuan orang ramai dan pelancong seperti Jalan Chow Kit, Pasar Seni, KL Sentral dan Masjid Jamek.

Begitu juga pemandangan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) serta perhentian pengangkutan awam lain dengan warga asing dari Bangladesh, Indonesia dan Myanmar membanjiri tempat-tempat itu.

Seorang warga Indonesia yang hanya ingin dikenali sebagai Yudi, 38, berkata sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menyambut lebaran jauh daripada keluarga tersayang.

“Isteri dan anak saya semuanya di Gerisik, Indonesia. Sekarang memang susah untuk kami balik ke kampung halaman masing-masing disebabkan masalah dokumen.

“Kami perlu melalui pelbagai proses yang memerlukan kos tinggi. Saya hanya bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan dan tidak mempunyai cukup wang untuk balik beraya dengan keluarga saya,” katanya.

Bapa kepada seorang anak itu juga berkata bahawa dia hanya mampu meminta cuti daripada majikannya selama tiga hari.

“Selepas ini kami akan ke Ipoh, Perak untuk menyambut raya dengan kawan-kawan sekampung sekali gus mencari peluang pekerjaan yang baharu. Kontrak pekerjaan saya hampir tamat di Kuala Lumpur,” katanya yang telah bekerja selama 10 tahun sebagai buruh pembinaan di Malaysia.

Selain itu, warga Bangladesh yang hanya mahu dikenali sebagai Tarek berkata beliau mengambil kesempatan sempena cuti hari raya ini untuk melawat rakannya di sini.

“Memang telah menjadi kebiasaan bagi saya setiap tahun melawat kawan-kawan saya yang tinggal di Kuala Lumpur. Memang susah untuk meluangkan masa dengan kawan-kawan saya selain daripada musim perayaan ini,” tambahnya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di sebuah pusat beli-belah di KL Sentral di sini mendapati rata-rata warga asing meluangkan masa pada hari kedua Syawal dengan rakan senegara masing-masing dan ada antara mereka yang memakai pakaian tradisional seperti kurta.

Bagi pengawal keselamatan warga Bangladesh yang bekerja di Subang, Md Masir, 34, beliau mengambil kesempatan menghabiskan cuti rayanya dengan bersiar-siar di pusat beli-belah bersama rakan-rakannya.

“Sudah lima tahun saya beraya di Malaysia kerana saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk pulang beraya, namun saya tidak kisah kerana saya ada ramai kawan-kawan di sini,” kata bapa kepada tiga orang anak itu. – BERNAMA

Tags: warga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd