• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zika Di Singapura: Malaysia Ketat Saringan Kesihatan

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Malaysia memperketat ujian saringan kesihatan di semua pintu masuk negara terutama di Johor susulan laporan dua kes baharu virus zika di Singapura.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata setakat ini tiada laporan berhubung jangkitan virus bawaan nyamuk itu membabitkan rakyat negara ini.

“Saya mahu pihak Jabatan Kesihatan negeri Johor lebih berhati-hati dan peka serta membuat pemantauan yang lebih ketat terutama di pintu masuk Malaysia-Singapuara, kena ambil tindakan ‘health alert’, pengawasan kesihatan.

“Kita ada alat pengesan suhu badan yang boleh kesan mereka yang demam di pintu masuk negara di Johor dan kalau ada kes (zika) pegawai kesihatan perlu ambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Fakir Miskin Sempena Ramadan Dalam Parlimen Balik Pulau di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 850 orang menerima bantuan wang tunai, beras dan barang keperluan lain.

Semalam, Singapura mengesahkan dua kes baharu virus zika, menjadikan jumlah kes yang dilaporkan di negara itu kepada lapan.

Pada September tahun lepas seorang wanita dari Bandar Botanic, Klang, Selangor menjadi individu pertama di Malaysia dijangkiti virus zika selepas berkunjung ke Singapura selama tiga hari untuk melawat anaknya yang turut dijangkiti virus berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau menafikan Kementerian Kesihatan melarang penjual kurma menjual buah berkenaan dari satu jenama popular yang didakwa terdapat ulat seperti yang ditularkan di media sosial.

“Saya dapat aduan yang memaklumkan pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) memberitahu kepada penjual kurma supaya tidak menjual buah dari jenama popular itu kerana mempunyai ulat.

“Sebenarnya kementerian (kesihatan) tidak pernah mengeluarkan larangan berhubung perkara itu lagipun kami telah membuat pemeriksaan di gudang kurma milik syarikat tersebut dan tidak menemui ulat seperti tular sebelum ini.

“Jika ada pun mungkin ada pihak yang menyamar sebagai pegawai JKN atau syarikat pesaing menjual kurma.Tetapi kalau peniaga (kurma) didatangi pegawai JKN yang melarang mereka menjual buah itu, mereka boleh buat laporan kepada Kementerian Kesihatan,” katanya.

Beliau berkata sebenarnya ulat itu juga tidak memudaratkan kesihatan ia sama seperti ulat yang terdapat di dalam buah-buahan seperti durian dan mangga. – BERNAMA

Tags: Kerajaanvirus zika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd