• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Perlu Baca Al-Quran Sepanjang Masa

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengajak umat Islam supaya membaca al-Quran pada setiap masa dan bukan hanya semasa bulan Ramadan sahaja.

Timbalan Perdana Menteri berkata keistimewaan membaca Al-Quran antaranya akan diterangkan hati dan fikiran individu serta diberikan cahaya diwajahnya.

“Walau sibuk manapun, Al-Quran perlu dibaca sekurang-kurangnya satu juzuk sehari atau sehelai sehari dan bukannya dibaca apabila tiba bulan Ramadan.

“Al-Quran bukan hanya untuk dibaca, malah tafsirannya perlu difahami untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga kerana ia diturunkan untuk memberi petunjuk kepada seluruh manusia,” ketika berucap pada majlis penutup Khatam dan Tadarrus Al-Quran Perdana sempena Ramadan 1438H/2017M peringkat Parlimen Bagan Datuk di sini hari.

Ahmad Zahid, yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk, berkata rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana kerajaan memberi cuti umum sempena Nuzul Quran setiap tahun.

“Nuzul Quran ini diadakan dalam untuk menyatukan hati dan fikiran umat Islam bukan bererti kita mengenepikan agama lain kerana kita juga menghormati agama mereka,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu Ahmad Zahid turut menyertai 1,423 peserta wanita, lelaki dan pelajar tahfiz dari Dewan Undang Negeri (DUN) Rungkup dan Hutan Melintang, Khatam dan Tadarus al-Quran.

Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bagan Datuk, Datuk Khairuddin Tarmizi dan naib ketuanya, Datuk Shahrul Zaman Yahya. – BERNAMA

Tags: Al-Quran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ahli Parlimen Tak Patut Dihalang Bertemu Rakyat

Next Post

Tindakan Tak Selaras Dengan Semangat Ramadan – PKR

Related Posts

Iran Tangguh Hantar Duta Ke Sweden Tanda Protes Insiden Bakar al-Quran

Iran Tangguh Hantar Duta Ke Sweden Tanda Protes Insiden Bakar al-Quran

02/07/2023
0

DUBAI: Iran menangguhkan untuk menghantar duta baharu mereka ke Sweden sebagai protes terhadap pembakaran al-Quran di luar sebuah masjid di...

M’sia Kutuk Sekeras-Kerasnya Insiden Bakar Al-Quran Di Stockholm

M’sia Kutuk Sekeras-Kerasnya Insiden Bakar Al-Quran Di Stockholm

29/06/2023
0

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan tindakan provokatif membakar kitab suci al-Quran pada 28 Jun, 2023 di...

Next Post

Tindakan Tak Selaras Dengan Semangat Ramadan – PKR

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd