• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Terhadap Penternak Sebabkan Pencemaran Sungai

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan Perak tidak akan berkompromi dengan penternak yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai berhampiran kawasan mereka beroperasi, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata tindakan tegas dan penguatkuasaan akan diambil mengikut lunas undang-undang termasuk menarik semula lesen mereka.

“Terdapat beberapa kes dilaporkan kepada kerajaan negeri dan kita telah menubuhkan satu pasukan untuk memantau laporan pencemaran sungai yang menyebabkan berlakunya perubahan warna dan terdapat kandungan ammonia di sungai terbabit.

Akibat daripada pencemaran itu ia boleh menjejaskan pendapatan nelayan darat dan juga sungai di kawasan terlibat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Menurut Zambry, pihaknya mengesan aktiviti yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai membabitkan penternakan ayam dan khinzir sama ada ia dijalankan secara sah atau tidak di beberapa kawasan di Sungkai dan Hulu Perak.

“Setakat ini kerajaan negeri sedang menjalankan kajian lanjut di kawasan berkenaan bagi mendapatkan bukti yang sah tanpa keraguan untuk tindakan perundangan,” katanya.

Zambry turut meminta penduduk atau orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pencemaran sungai dan kolam berpunca daripada penternakan berhampiran kawasan mereka supaya melaporkannya kepada pihak yang berkenaan.

“Sekiranya mereka mendapati terdapat kes pencemaran yang berlaku di kawasan sungai atau kolam hendaklah maklumkannya kepada pihak berkuasa negeri melalui Jabatan Alam Sekitar atau jabatan yang berkaitan.

“Laporan daripada orang ramai diperlukan kerana masyarakat yang berada di kawasan lebih faham dan lebih maklum akan kegiatan yang berlaku di tempat mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd KadirPencemaran Sungai
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

BN Tolak Politik Perkauman, Kekal Dengan Prinsip Keharmonian

BN Tolak Politik Perkauman, Kekal Dengan Prinsip Keharmonian

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) ialah gabungan politik pelbagai kaum yang telah membuktikan selama lebih enam dekad Malaysia mampu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd