• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Sanggup Perguna Kuasa Asing

oleh AK-47
17/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan anggota dan penyokong pembangkang yang sanggup mengetepikan kedaulatan negara apabila menggunakan kuasa asing untuk mencampuri urusan politik negara.

Beliau berkata mereka yang tidak bertanggungjawab ini sanggup memanipulasi saman sivil terbaru yang dikemukakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) sebagai satu senjata politik semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin negara dan menjayakan matlamat peribadi masing-masing.

“Mereka lakukan perkara sedemikian pada Julai tahun lalu tetapi gagal dan mereka mencuba lagi pada tahun ini.

“Saya yakin sungguh mereka akan menggunakan perkara sama pada pilihan raya umum akan datang iaitu mereka membuat manipulasi menggunakan isu ini (saman sivil DoJ) untuk mencemarkan imej negara dan merosakkan nama baik perdana menteri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Salleh menegaskan bahawa pihak Peguam Negara telah berkali-kali sebelum ini menegaskan bahawa siasatan yang dibuat menunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam dakwaan aktiviti pengubahan wang haram seperti yang terkandung dalam saman sivil DoJ itu dan malahan tidak wujud apa-apa bukti yang berasas untuk apa-apa tindakan mahkamah.

Salleh berkata masyarakat negara ini seharusnya faham bahawa siasatan oleh DoJ merupakan satu proses biasa di Amerika Syarikat dan ia tidak membuktikan kesahihan sesuatu dakwaan selagi perkara itu tidak diputuskan oleh mahkamah.

“Tetapi ada pihak di Malaysia ini mengambil kesempatan (atas laporan DoJ). Sudah tentu ia (tuduhan) tidak disiasat jika tidak ada dakwaan daripada orang Malaysia sendiri.

“Terbukti ada orang Malaysia telah pergi ke Amerika Syarikat membuat dakwaan di negara itu, sedangkan Malaysia sendiri mempunyai undang-undang,” katanya.

Menurut Salleh pihak pembangkang sekarang dalam keadaan tenat serta terdesak dan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kelangsungan politik walaupun perbuatan itu diketahui sebagai keji dan kotor.

Katanya, pembangkang melakukan perbuatan ini semata-mata ingin mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat terhadap pemimpin negara dalam usaha mendapatkan sokongan politik daripada rakyat.

Bagaimanapun, Salleh berkata majoriti rakyat menyedari perkara itu dan malahan mereka sudah muak dengan taktik kotor pembangkang yang menggunakan isu-isu lama yang tidak lagi relevan secara berulang kali untuk meraih sokongan.

Katanya, rakyat negara ini sebenarnya lebih mementingkan soal pembangunan ekonomi dan sosial yang memberi kebaikan kepada rakyat daripada memikirkan dakwaan oleh pihak luar yang tiada asas.

“Saya yakin rakyat Malaysia berdiri teguh bersama kerajaan kerana mahukan sebuah negara yang bebas menentukan hala tuju kita dan tidak perlu bersubahat dengan pihak luar.

“Kita tidak perlu mencari jalan meminta ihsan negara luar untuk jatuhkan kepimpinan negara. Pada saya itu salah dan dianggap mengkhianati kemerdekaan Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd