• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kompromi Jika Peniaga Luar Ganggu Peniaga W.P

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua tapak perniagaan yang disediakan di Wilayah Persekutuan adalah untuk warganya dan Kementerian Wilayah Persekutuan tidak akan berkompromi terhadap peniaga luar yang cuba merampas tapak perniagaan itu, kata Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata untuk berniaga di tapak terbabit, setiap warga Wilayah Persekutuan perlu lulus syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selain perlu melalui cabutan undi.

“Semalam (Jumaat), saya telah meminta pihak polis, DBKL dan Angkatan Pertahanan Malaysia untuk membuat pemantauan berterusan bagi mengelakkan peniaga dari negeri lain cuba berniaga di kawasan-kawasan tapak perniagaan di sini.

“Jika ianya terjadi lagi, kita akan ambil tindakan segera terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab terbabit,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan sumbangan duit raya sempena program Jom Shopping Raya 2017 anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), di sini hari ini.

Tengku Adnan mengulas mengenai pergaduhan antara peniaga luar yang dikatakan cuba merampas tapak perniagaan daripada peniaga asal di kawasan Masjid India, di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata DBKL telah membuat laporan polis berhubung insiden dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan.

Pada program hari ini, seramai 960 kanak-kanak daripada keluarga tidak berkemampuan dari 12 kawasan sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menerima bantuan duit raya serta kupon membeli-belah, masing-masing bernilai RM100 seorang.

“Bantuan ini bertujuan mengurangkan beban ibu bapa dalam membeli keperluan persiapan Aidilfitri anak-anak mereka terutamanya bagi yang mempunyai anak ramai,” kata Tengku Adnan yang juga Pengerusi YWP.

Beliau berkata tahun ini, YWP memperuntukkan RM6.5 juta untuk pelbagai skim sosial komuniti dan kebajikan antaranya program bantuan bencana, sumbangan kemasyarakatan dan skim bantuan am. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansorpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd