• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Bonus Raya, Abang Posmen Merintih Sayu Di FB

oleh AK-47
19/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“TAK pernah saya menangis bila membaca surat, ini kali pertama saya menangis disebabkan mengenangkan anak isteri untuk dibeli segalanya raya ini.”

Demikian luahan seorang posmen yang dikenali sebagai Tom Yana di laman sosial, apabila kecewa dengan sikap majikannya yang mendakwa tahap prestasinya lemah, sekaligus tidak layak untuk menerima bonus tahunan.

Tiada Bonus Raya, Abang Posmen Merintih Sayu Di FB

Tom meluahkan kekecewaannya itu beserta sebuah gambar surat daripada majikannya yang menggesa supaya dia berusaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan prestasinya.

“Kami ada anak bini juga untuk diberi makan, diberi pakai lagi-lagi untuk hari raya akan tiba ini,” tulis pada Khamis lalu.

Dia turut merayu kepada pihak atasan supaya mempertimbangkan semula penolakan bonus keatasnya memandangkan hanya seminggu sahaja lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitiri dan disamping membeli barangan keperluan yang lain.

“Tolong bertimbang rasa dengan gaji kami yang kecil tidak seberapa ini untuk membayar rumah, kereta, bil, pakai makan dan lain-lain,” katanya.

Keluhan hati daripada lelaki itu turut mengundang simpati netizen yang membacanya, malah ada yang tampil untuk menawarkan pekerjaan kepada abang posmen berkenaan.

“Biasalah, kalau macam ni maksudnya bos tak suka,” antara komen netizen.

Sementara itu, semakan kami di laman Facebook mendapati luahan daripada individu itu dijawab Pos Malaysia Berhad dengan mengatakan segala proses menilai serta memberi ganjaran kepada pekerja dijalankan berdasarkan ketelusan dan integriti.

“Kami mengambil kira rekod disiplin serta prestasi kerja yang ditunjukkan seseorang pekerja serta akan mengadakan sesi perbincangan terutama hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan para pekerja kami.

“Serta kami turut merujuk kepada pengakuan beliau yang mengatakan bahawa beliau sendiri sering melawan/ingkar kepada arahan ketua semasa bertugas.

“Justeru, semua aspek berkenaan diambil kira dalam memutuskan pemberian ganjaran kepada seseorang pekerja,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bonusposmen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bonus RM500 Untuk Semua Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

Bonus RM500 Untuk Semua Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah...

Bonus Penjawat Awam Terengganu Diumum Lepas PRK Kemaman

Bonus Penjawat Awam Terengganu Diumum Lepas PRK Kemaman

27/11/2023
0

Kuala Terengganu : Bonus kepada kira-kira 14,000 penjawat awam di Terengganu akan diumumkan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd