Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Shiha Zikir Minta Bakat...

PENYANYI Shiha Zikir mengakui berasa terkilan dengan segelintir bakat muda sanggup mensia-siakan peluang...

Dr Xavier Optimis Menang...

IPOH - Calon Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jeyakumar yakin akan terus mempertahankan...

“Kalau Ada Batu Api,...

HUBUNGAN cinta antara pasangan pelakon Emma MAembong dan Kamal Adli yang telah dijalin...

Motivasi Terbaik Untuk Berhenti...

BENARLAH kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Gambar yang...

Tahanan Lolos: Anggota IPD Klang Utara Digantung

SHAH ALAM – Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara digantung kerja kerana kecuaiannya menyebabkan seorang suspek kes samun dan rogol meloloskan diri daripada tahanan Isnin lepas, kata Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat.

Beliau berkata ​​​​​​walaupun terdapat beberapa kelemahan pada reka bentuk bangunan IPD berkenaan yang hanya bertapak di lot rumah kedai dua tingkat, namun kecuaian ketara anggota polis berkenaan lebih membuka peluang kepada suspek untuk melarikan diri.

Menurut Abdul Samah, pihaknya membuka dua kertas siasatan iaitu terhadap tahanan lelaki terbabit dan juga anggota polis berkenaan bagi mendapatkan punca utama kes itu boleh berlaku.

“Siasatan awal mendapati wujud aspek cuai anggota terlibat dan ia adalah kecuaian yang sangat-sangat jelas menyebabkan suspek ada ruang, peluang dan masa untuk lari dari tandas ketika itu.

“Ada dua aspek kecuaian nyata yang disiasat iaitu oleh anggota atau pegawai yang diberi tanggungjawab menjaga tahanan dan juga dari sudut infrastruktur, namun hal bangunan ini sedang kita atasi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian itu, suspek dipercayai warga asing yang ditahan atas kesalahan samun dan rogol meloloskan diri melalui tingkap tandas di IPD Klang Utara apabila berpura-pura mahu membuang air kecil.

Semasa insiden berkenaan, suspek masih dalam tempoh reman selama tujuh hari sehingga semalam.


Bagaimanapun katanya, suspek yang melarikan diri hingga ke Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini diberkas kembali awal pagi semalam apabila cubaannya untuk mencabul seorang gadis 14 tahun setelah memecah masuk rumah pelajar itu disedari keluarganya.

“Akibat terkejut melihat suspek berada di dalam rumahnya, gadis terbabit yang bangun untuk bersahur menjerit menyebabkan dua abangnya tersedar dan terus mengejar suspek serta menghubungi polis menyebabkan dia berjaya ditangkap semula,” katanya.

Beliau berkata suspek lelaki berumur 27 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 354, 448 dan 353 Kanun Keseksaan selain Seksyen 223/224 kanun yang sama kerana melarikan diri daripada tahanan polis.

Terdahulu, Abdul Samah menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Jabatan Pengurusan Polis Selangor yang baharu iaitu SAC Sulaiman Salleh yang menggantikan SAC Che’ Man Md Dros, yang bersara wajib. – BERNAMA

Kategori