• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabika Kemas Dipercayai Dalam Pendidikan Awal

oleh AK-47
08/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Program Transformasi Tabika Kemas mula membuahkan hasil apabila institusi itu dipilih sebagai antara jenama paling dipercayai di Malaysia tahun ini oleh majalah keluarga, Reader’s Digest.

Pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Emas dalam kategori perkhidmatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak itu dibuat berdasarkan undian dan kaji selidik dalam talian ke atas 8,000 responden tentang pandangan mereka terhadap sistem pendidikan prasekolah di Malaysia.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata anugerah julung kali itu membuktikan Tabika Kemas adalah antara yang terbaik dan setanding dengan perkhidmatan tabika yang dijalankan pihak swasta.

“Pencapaian ini sekaligus menepis tanggapan negatif segelintir pihak yang sering memperkecilkan kualiti pendidikan Tabika Kemas berbanding tabika swasta,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Bicara Komuniti Dialog TN50@KKLW: Pendidikan Awal Kanak-Kanak di sini, hari ini.

Dalam kaji selidik itu, responden ditanya berkaitan dengan sifat amanah dan boleh dipercayai, inovasi, mutu dan tanggungjawab sosial, kredibiliti serta kebolehfahaman kepada kehendak pengguna.

Turut menerima Anugerah Emas daripada Reader’s Digest itu ialah tabika Q-Dees dan Smart Readers yang dikendalikan swasta, katanya.

Dilancarkan pada 2016, transformasi Tabika Kemas dilaksanakan membabitkan tiga modul utama iaitu Program Penghayatan Pendidikan Islam (PPI), Program Pemupukan Semangat Patriotik dan Program Keyakinan Diri.

Mengenai dialog hari ini, Ismail Sabri berkata beliau berpuas hati kerana peserta memberikan cadangan penambahbaikan bagi memperkasa pendidikan awal kanak-kanak antaranya dengan mengutarakan kepentingan penggunaan teknologi digital serta inovasi dalam pembelajaran.

Katanya kandungan dialog yang dikendalikan oleh personaliti televisyen Teh Syuhaida dengan penampilan dua ikon Kemas iaitu Penolong Pengarah Unit Indeks Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mohd Hariri Mohamad Daud dan guru prasekolah Noorjahan Sultan, individu yang diiktiraf antara 50 guru terbaik seluruh dunia oleh Varkey Foundation, akan dibentangkan dalam mesyuarat jemaah menteri akan datang sebagai nota kabinet.

Ismail Sabri berkata pandangan dan aspirasi yang dijanakan pada sesi dialog berkenaan juga akan dijadikan panduan dalam merangka perancangan strategik dan penyediaan kerangka Dasar Pembangunan Luar Bandar sebelum dibentangkan kepada umum Ogos nanti. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

22/02/2022
0

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh...

Sempadan Negara Tidak Dibuka 1 Mac: PM

11/02/2022
0

TANGKAK - Pembukaan sempadan negara bermula 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini tidak akan dilaksanakan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd