Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

3 Cara Nak Elak...

Putus cinta bukan alasan untuk terus murung dan jatuh ke tahap yang lebih...

Filem Abang Long Fadil...

SEKALI lagi pihak produksi filem Abang Long Fadil 2 (ALF2) telah membuat laporan polis...

Harga Petrol Naik Sikit,...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Doktor Disanjung, Sanggup Jaga...

DR. Muir Wallace tiba-tiba diangkat sebagai `hero' di media sosial. Semuanya gara-gara kesungguhannya...

Suspek Kes Samun Cedera Ditembak Pengawal Peribadi

SHAH ALAM – Dua lelaki tidak sempat melarikan wang tunai RM200,000 yang disamun daripada seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri apabila seorang daripada mereka ditembak oleh pengawal peribadi mangsa di hadapan sebuah bank di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 petang tadi, ahli perniagaan berusia 58 tahun itu baru sahaja mengeluarkan wang di bank berkenaan sebelum beliau diserang dua suspek bersenjatakan parang dan kapak yang kemudian bertindak merampas beg berisi wang itu.

“Pada masa sama pengawal peribadi mangsa dapat lepaskan tembakan ke arah seorang suspek menyebabkan dia terjatuh dan beg duit dapat dirampas semula. Seorang lagi suspek melarikan diri dan usaha mengesannya sedang dilakukan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Shafien berkata akibat tembakan itu, suspek terbabit cedera di bahagian punggung manakala pengawal peribadi berusia 30-an cedera ringan di badan akibat bergelut dengan suspek dan kedua-dua mereka kini sedang dirawat di hospital.

Ahli perniagaan berkenaan, yang turut mengalami kecederaan, kini menerima rawatan di sebuah hospital di Klang, katanya.

Menurut Shafien, siasatan ke atas sebuah motosikal jenis Yamaha yang digunakan kedua-dua suspek ketika kejadian mendapati ia dicuri di Cheras pada bulan lepas.


“Pengawal peribadi itu memiliki lesen senjata dan pihak kami juga sedang menyiasat berapa das tembakan yang telah dilepaskannya.

“Kami juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik Majlis Bandaraya Shah Alam di tempat kejadian,” katanya.

Shafien meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 394 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori