• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Rasmi Nama Baharu Masjid Jamek KL

oleh Ahmad Albab
23/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini berkenan merasmikan penamaan semula Masjid Jamek Kuala Lumpur kepada Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.

Keberangkatan tiba baginda di masjid tertua di ibu negara itu kira-kira pukul 12.45 tengah hari, disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum bersama-sama menunaikan solat fardu Jumaat.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Beta telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, maka dengan ini Beta merasmikan dan menamakan semula Masjid Jamek Sultan Abdul Samad,” titah baginda.

Turut berkenan berangkat ke majlis tersebut ialah anakandanya, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tengku Adnan dalam kenyataan berkata penamaan semula masjid yang dibina pada tahun 1909 dan merupakan satu daripada bangunan ikonik di ibu negara itu adalah atas hasrat Sultan Selangor sendiri memandangkan lokasi asal masjid ini adalah di dalam negeri Selangor.

Katanya, langkah ini juga adalah suatu inisiatif dalam memelihara khazanah negara yang merupakan satu daripada ikon pelancongan negara.

Sultan Selangor disertai Najib dan jemaah yang lain kemudiannya menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Jamil Khir.

Ketika membacakan khutbah, Jamil Khir berkata masjid itu yang dibuka pada zaman Sultan Selangor kelima Almarhum Sultan Ala’eddin Suleiman Shah menunjukkan bahawa raja-raja Melayu sememangnya amat menitikberatkan pembangunan Islam khususnya pembinaan masjid.

Pembinaan masjid itu, katanya, meningkatkan lagi kepesatan Kuala Lumpur sebagai ibu negeri Selangor ketika itu dan menjadi mercu tanda perkembangan syiar Islam.

“Ini adalah antara bukti kukuh bahawa peningkatan ekonomi dan kemakmuran berkait rapat dengan pembinaan masjid,” katanya.

Jamil Khir berkata menurut rekod, masjid itu merupakan yang tertua di Kuala Lumpur dan menjadi masjid utama bagi solat Jumaat dan pusat aktiviti Islam sebelum pembinaan Masjid Negara pada 1967.

Tambahnya, masjid di Jalan Tun Perak itu dibina di atas tanah perkuburan Melayu pertama di Kuala Lumpur selepas semua kubur dipindahkan ke tanah perkuburan Islam Jalan Ampang serta Taman Ibu Kota.

Masjid yang terletak di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak itu mengambil masa sembilan bulan untuk disiapkan dengan kos RM32,615 dengan dana kerajaan dan sumbangan jemaah. – BERNAMA

Tags: Masjid JamekSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

01/06/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan setinggi-tinggi...

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd