• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Status Imam Ke Kelantan Masih Jadi Tanda Tanya

oleh AK-47
16/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Status pendaftaran pemain baharu pasukan Kelantan, Syedi L Imam pada jendela perpindahan pertengahan musim terus menjadi tanda tanya selepas Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) sehingga kini masih belum memberikan kata putus.

FMLLP dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan status pemain berusia 31 tahun itu masih tergantung disebabkan masih menunggu pengesahan daripada Lembaga Undang-undang FMLLP.

Nasib sama juga menimpa pasukan Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila hasrat mereka untuk mendaftar empat pemain tempatan bagi menguatkan jentera pasukan tertangguh selepas turut terpaksa menanti pengesahan daripada FMLLP.

FMLLP sebelum ini mengenakan hukuman pemotongan enam mata dan sekatan perpindahan pemain bagi jendela pertengahan musim kepada Kelantan dan tiga lagi pasukan Liga Malaysia (Liga-M) ekoran isu tunggakan gaji selain kegagalan melengkapkan pendaftaran pemain.

Bagaimanapun, hukuman terhadap dua pasukan – Perlis dan T-Team dibatalkan selepas kedua-dua pasukan itu berjaya mengemukakan dokumen tertangguh berserta rayuan kepada FMLLP, manakala isu berkaitan ATM masih dalam siasatan lanjut.

Sekatan perpindahan tersebut mendapat perhatian Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang lantang mengkritik FMLLP kerana tidak membenarkan skuad The Red Warriors (TRW) mendaftarkan Imam bagi menggantikan Alessandro Padovani Celin yang dikatakan kurang cergas.

Namun, perbalahan di antara FMLLP dan KAFA tidak berlarutan dalam tempoh lama selepas kedua-dua pihak terbabit mengadakan pertemuan pada awal bulan ini, bagi membincangkan seterusnya menyelesaikan kemelut yang sedang dihadapi Kelantan.

Imam yang merupakan pemain kelahiran Perancis dipancing KAFA bagi mengambil alih tugas posisi bekas penyerang sensasi TRW, Mohammed Ghaddar yang menyertai pasukan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada bulan lepas. – BERNAMA

Tags: Syedi L Imam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd