• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Akan Panggil Pengurusan & Pengerusi FGV

oleh AK-47
11/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa saksi termasuk pengurusan tertinggi Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) berhubung siasatan terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata semua saksi termasuk pengerusi FGV akan dipanggil dalam masa terdekat untuk direkodkan keterangan mereka bagi membantu siasatan.

“Semalam SPRM telah mengambil dokumen-dokumen yang diperlukan dari pejabat FGV dan sekarang pegawai saya tengah teliti serta mengkaji (dokumen) dan melihat kepentingan untuk memanggil saksi untuk direkodkan keterangan.

“Saksi itu tidak kira sesiapa sahaja termasuk di peringkat kepimpinan serta pengerusi FGV tertakluk kepada dapatan daripada kajian dokumen yang pegawai saya sedang teliti serta fakta kes,” katanya kepada pemberita pada Program Ihya Ramadan SPRM di Masjid Al Jamiul Badawi di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan kes akan diselesai secepat mungkin namun akan mengambil sedikit masa sekiranya dokumen serta siasatan melibatkan pihak di luar negara.

Dzulkifli berkata pihaknya juga menerima beberapa laporan berhubung siasatan FGV itu, namun beliau enggan mendedahkan sama ada laporan berkenaan dibuat membabitkan salah guna kuasa atau rasuah.

“Saya tidak boleh maklumkan siasatan kes itu menjurus kepada rasuah atau penyelewengan kuasa kerana ia sedang disiasat dan cuma saya boleh pastikan siasatan tersebut akan dibuat secara terperinci, profesional serta telus,” katanya.

Semalam sepasukan pegawai dan anggota SPRM mengambil masa selama lapan jam bagi menyelesaikan urusan pengambilan dokumen di pejabat Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad di Tingkat 45 Menara Felda di Kuala Lumpur.

Zakaria tampil di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam dengan berbekalkan beberapa dokumen berhubung FGV dan beliau dilapor memberi keterangan kepada suruhanjaya itu antaranya mengenai isu tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada anak syarikat FGV iaitu Delima Oil Products.

Selasa lepas Zakaria dan tiga lagi pegawai pengurusan kanan FGV dan anak syarikatnya diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta.

Tiga pegawai kanan itu ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn. Bhd., Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar. – BERNAMA

Tags: Datuk Dzulkifli AhmadFGVSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd