• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Kelantan Terima Notis Pengosongan DUN Nenggiri

oleh Ahmad Albab
05/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan hari ini mengesahkan menerima notis pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri daripada Pejabat Speaker DUN Kelantan, selepas penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani dilucutkan kelayakan sebagai wakil rakyat kerana muflis.

Jurucakap SPR Kelantan berkata pihaknya akan memaklumkan perkara itu dan menghantar laporan kepada ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Dalam pada itu, Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub berkata notis yang dihantar oleh wakilnya itu tiba di pejabat SPR Kelantan pada 12.40 tengah hari tadi.

“Ia menjadi tanggungjawab saya untuk memaklumkan perkara itu kepada SPR Kelantan,” katanya ketika dihubungi.

Khamis lepas, Abdullah pada sidang akhbar di sini mengisytiharkan kerusi DUN Nenggiri kosong berikutan penyandangnya Mat Yusoff diisytiharkan muflis, selepas menerima surat pemakluman daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor pada 28 Mei lepas.

Beliau dipetik sebagai berkata Perkara 31(1)(b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan menyatakan seseorang yang muflis dan masih belum diselesaikan tidak layak menjadi ADUN Kelantan.

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata UMNO Kelantan akan terus melakukan gerak kerja sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 walaupun kehilangan seorang ADUN.

Beliau berkata pihaknya sentiasa meneliti secara mendalam sebelum memilih calon untuk diketengahkan sebagai wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen mahupun DUN.

Beliau berkata sebelum dipilih, Mat Yusoff merupakan seorang pemimpin yang baik dan sering memberi sumbangan kepada rakyat dan UMNO.

Mustapa ditemui pemberita selepas menziarahi dan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada lima pesakit kronik di Kampung Pulau Panjang dan Kampung Pauh sempena Program Ziarah Kasih Ramadan DUN Chempaka di Kota Bharu. – BERNAMA

Tags: SPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd