• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Spiderman Pun Tunai Kewajipan Bayar Zakat Fitrah

oleh
15/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Bagi umat Islam yang sibuk dengan urusan harian, mungkin kisah Spiderman ini yang lebih padat jadual dengan aktiviti duniawi boleh ‘buka mata’ tentang kewajipan bayar zakar fitrah.

Bagi Muslim, memang wajib menunaikan rukun ketiga itu apatah lagi pada bulan Ramadan, ramai berpusu-pusu menemui amil yang diberi kuasa mengutip zakat untuk membayar sama ada untuk diri sendiri atau tanggungan.

Ini termasuk ‘Spiderman’! Sejak semalam, tular menerusi media sosial mengenai kelibat ‘Spiderman’ yang tampil membayar zakat fitrah, sekali gus mencuri perhatian ramai pengunjung sebuah pusat beli belah di sini.

Menurut laporan laman Berita Harian, adiwira itu sebenarnya ialah Harris Fazri Hashim, yang berusia 40 tahun dan kebetulan menyertai pertandingan ‘Kostum Hari Raya’ di Majma Mall, Kompleks Islam Kuching pada Ahad lalu.

Menurut lelaki tersebut, beliau sendiri tidak menyangka tindakan spontannya hadir membayar zakat di meja amil pusat beli-belah berkenaan sambil memakai kostum ‘superhero’ popular Barat itu menarik perhatian ramai.

“Saya selalu diingatkan isteri agar tidak lupa bayar zakat fitrah kerana sudah lebih dua minggu berpuasa. Sejurus saya mahu meninggalkan pusat beli belah berkenaan, saya ternampak satu kaunter pembayaran zakat fitrah.

“Maka saya terus mengambil keputusan untuk segera menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim,” kata Harris yang dipetik laman akhbar harian tersebut. Foto itu sebenarnya dirakamkan isterinya, Fazlyn Aishah Fazsha.

Wanita berkenaan kemudian memuat naik gambar suaminya itu menerusi laman Facebooknya dengan keterangan ringkas termasuk dalam dialek Sarawak iaitu: “Neman Spiderman Mayar Zakat : suamikuspiderman“.

Walaupun menganggap diri sudah agak ‘tua’ untuk bergaya dengan kostum adiwira, namun ia menjadi pengalaman manis buat Harris kerana kali pertama beliau mampu membayar zakat fitrah dengan berpakaian sedemikian.

“Amil yang berada di kaunter pembayaran berkenaan pun tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap saya dan tidak pula seorang kekok melihat saya,” kata beliau lagi sambil tersenyum. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: SpidermanZakat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Doktor Wanita Didakwa Buat Perakuan Palsu

Next Post

Segera Adakan Dialog Untuk Selesai Isu Qatar

Related Posts

Bakal Pengantin Mengaku Salah Rogol Gadis Bawah Umur

Polis Teruskan Siasatan Suami Isteri Disyaki Seleweng Wang Zakat RM9.62 Juta

15/01/2024
0

Ipoh: Polis masih meneruskan siasatan kes suami isteri yang disyaki menyeleweng wang kutipan zakat berjumlah RM9.62 juta biarpun mereka sudah...

MAIPk Terima Zakat Perniagaan RM11.8 Juta

MAIPk Terima Zakat Perniagaan RM11.8 Juta

05/07/2022
0

IPOH : Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima penyerahan bayaran zakat perniagaan berjumlah RM11,875,079 daripada 10 syarikat korporat...

Next Post

Segera Adakan Dialog Untuk Selesai Isu Qatar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd