• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD Benarkan 5,000 Bas Ekspres Beroperasi

oleh AK-47
18/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 5,000 bas ekspres termasuk 93 bas tambahan dibenarkan beroperasi untuk musim perayaan Aidilfitri ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd. Azharuddin Mat Sah.

Katanya kesemua bas ekspres itu sudah melalui pemeriksaan terperinci sebelum dibenarkan beroperasi, termasuk rekod pemandu bas dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)

“Sebelum meluluskan pengoperasian bas ekspres tersebut, kami sudah mengadakan taklimat kepada pemandu-pemandu bas ekspres dan mereka memberi jaminan untuk memandu secara berhemah ketika berada di jalan raya.

“Ia bagi memastikan kadar kemalangan jalan raya yang melibatkan bas ekspres dikurangkan terutamanya ketika musim perayaan,” katanya kepada pemberita selepas Program Agihan Pek Iftar sempena Aidilfitri di Terminal Bersepadu Selatan, hari ini.

Mohd Azharuddin berkata sebagai langkah proaktif, pihaknya telah memulakan penguatkuasaan secara intensif selama 21 hari bersama PDRM, JPJ, JKJR dan pihak penguat kuasa lebuh raya yang bermula 12 Jun lalu hingga 2 Julai.

“Antara operasi yang dilaksanakan ialah audit penguatkuasaan terhadap rekod sistem pengesan global kenderaan, operasi penyamaran, rondaan di lokasi berisiko tinggi dan perangkap kelajuan serta pemantauan kamera litar tertutup di Pusat Operasi Lebuh raya.

“Seramai 384 pegawai penguat kuasa SPAD turun padang menjalankan operasi itu termasuk pemeriksaan di kaunter-kaunter tiket dan dokumen di 40 terminal bas seluruh Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata SPAD tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan undang-undang terhadap pengendali bas ekspres yang didapati cuai dalam pengurusan operasi.

“Kami akan memberi lebih penekanan terhadap syarikat-syarikat bas ekspres yang pernah mempunyai rekod gantung terutamanya dari segi sikap para pemandu dan keadaan bas ekspres.

“Bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan, lesen pengendali syarikat bas boleh digantung atau dibatalkan,” katanya.

Mohd Azharuddin berkata tindakan bersepadu sedemikian berjaya menurunkan aduan pada musim perayaan Tahun Baharu Cina yang lalu daripada 70 tahun lepas kepada 41.

“Pada Tahun Baharu Cina 2017 juga hanya 127 kesalahan direkodkan berbanding 248 bagi tahun 2016,” katanya. – BERNAMA

Tags: bas ekspresSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd